saya nak baca ..

MAHKAMAH


ARKIB : 10/08/2010

Permohonan Anwar ditolak

KUALA LUMPUR 9 Ogos - Permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memanggil Timbalan Pendakwa Raya, Farah Azlina Latif dan pengadu kes liwatnya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, memberi keterangan mengenai dakwaan hubungan intim mereka berdua ditolak oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Hakim Mohamad Zabidin Mohd. Diah memutuskan demikian setelah mendapati isu tersebut tidak relevan dengan prosiding permohonan Anwar.

"Sistem yang diamalkan di negara ini tidak membolehkan mahkamah turut terbabit dalam pertelingkahan antara pihak pendakwaan dan pembelaan.

''Permohonan tersebut dengan ini ditolak,'' kata hakim tersebut.

Mahkamah hari ini dijadual mendengar permohonan Ketua Pembangkang itu untuk membatalkan pertuduhan liwat yang dihadapinya dengan alasan Farah Azlina menjalin hubungan sulit dengan Mohd. Saiful Bukhari yang juga saksi utama pasukan pendakwaan.

Sebelum permohonan itu didengar, pihak pembelaan memohon supaya Farah Azlina yang kini digugurkan daripada pasukan pendakwaan dan Mohd. Saiful Bukhari dipanggil memberi keterangan sebagai saksi.

Peguam bela utama Anwar, Karpal Singh berhujah mahkamah sepatutnya menggunakan kuasa untuk memanggil kedua-dua mereka memberi keterangan mengikut Seksyen 425 Kanun Tatacara Jenayah.

Ujar beliau, ia perlu kerana afidavit jawapan pihak pendakwaan hanya dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Hanafiah Zakaria dan pegawai penyiasat, Supritendan Jude Blacious Pereira, bukannya oleh pasangan tersebut.

Tambahan pula, menurut Karpal, tidak pernah berlaku dalam sejarah di negara ini atau di negara-negara Komanwel bahawa seorang timbalan pendakwa raya mempunyai hubungan intim dengan saksi utama pendakwaan.

''Mohd. Saiful (Bukhari) sanggup bersumpah (di masjid) terhadap kejadian liwat itu tetapi dia tidak sanggup tampil ke mahkamah ini untuk memberi keterangan dalam bentuk afidavit,'' katanya.

Karpal turut menyatakan, sepatutnya Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden selaku ketua pasukan pendakwaan yang memfailkan afidavit menjawab dakwaan tersebut.

Di samping itu, katanya, fakta yang terkandung dalam afidavit Anwar bukan tuduhan semata-mata sebaliknya dakwaan berkaitan hubungan tersebut adalah fakta yang benar dan tidak disangkal dalam afidavit jawapan Mohamad Hanafiah dan Jude.

Justeru, tegas beliau, permohonan untuk memanggil mereka berdua sebagai saksi adalah penting kerana akibat daripada hubungan tersebut, integriti dan kesaksamaan keseluruhan pasukan pendakwaan boleh dipersoalkan.

Mohd. Yusof pula membalas hujah dengan menyatakan, dakwaan wujudnya hubungan sulit Farah Azlina dan pengadu seperti terkandung dalam permohonan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu hanyalah 'dengar cakap' semata-mata.

''Ia hanya satu dakwaan kosong tanpa pengetahuan beliau sendiri. Apa sahaja dalam afidavit Anwar telah dilaporkan dalam akhbar,'' katanya.

Tindakan Mohd. Yusof menyelar pasukan pembelaan bagaimanapun menyebabkan tercetusnya pertikaman lidah antara beliau dengan peguam bela utama Anwar itu.

Karpal dengan nada suara yang meninggi meminta Timbalan Kanan Pendakwa Raya tersebut menjuruskan hujahnya kepada fakta sahaja dan menjawab afidavit Anwar selain meminta merujuk seksyen yang betul.

Karpal Singh (KS): Kenapa beliau membuang masa kehakiman, saya hanya menunjukkan bahawa beliau merujuk kepada seksyen yang salah.

Hakim (H): Pada akhirnya, saya akan memutuskan sama ada seksyen itu relevan atau tidak. Biarlah beliau memberikan hujah dan saya sedikit hormat kepada peguam senior seperti anda (Karpal).

KS: Yang Arif, kini saya senior dan saya lebih tahu daripada undang-undang itu.

H: Biar saya dengar hujah timbalan pendakwa raya dan saya beri anda masa untuk menjawab.

Mohd. Yusof kemudian menyambung hujahnya dengan menyatakan, persoalan yang timbul adalah sama ada disebabkan hubungan antara kedua-dua mereka itu telah menyebabkan Mohd. Saiful Bukhari memperoleh fakta-fakta berhubung perbicaraan kes itu.

Tegas beliau, berdasarkan afidavit-afidavit jawapan Mohamad Hanafiah dan Jude, kedua-dua mereka sama ada Farah Azlina mahupun Mohd. Saiful Bukhari tidak mempunyai akses kepada dokumen-dokumen berkenaan.

Anwar, 63, dituduh meliwat Mohd. Saiful Bukhari, 25, di unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No. 99 Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara pukul 3.01 dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:43
Zohor 1:19
Asar 4:45
Maghrib 7:28
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.