saya nak baca ..

SABAH & SARAWAK


ARKIB : 10/08/2010

15,000 Jalur Gemilang diedar semarak sambutan kemerdekaan

KOTA KINABALU 9 Ogos - Lebih 15,000 bendera Jalur Gemilang diagihkan kepada jabatan dan agensi kerajaan serta orang ramai di sini, sempena pelancaran Bulan Kemerdekaan dan Kempen Mengibar Jalur Gemilang peringkat negeri Sabah 2010.

Majlis yang diadakan di pekarangan ibu pejabat Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) itu dirasmikan Timbalan Ketua Menteri, Datuk Yahya Hussin.

Hadir sama Datuk Bandar Kota Kinabalu, Datuk Iliyas Ibrahim; Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat negeri, Datuk Dr.Yee Moh Chai dan Setiausaha Persekutuan Sabah, Datuk Muhammad Hatta A.Aziz serta ketua-ketua jabatan negeri dan persekutuan.

Pada majlis itu, Yahya yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan negeri turut menyertai Jalan Merdeka dengan mengagih-agihkan Jalur Gemilang kepada pemilik kedai di Jalan Tugu, Jalan Pantai dan Jalan Gaya.

Dalam ucapannya, Yahya berkata, rakyat negeri ini perlu bersama-sama menjalankan tanggungjawab mengibar Jalur Gemilang sebagai tanda penghargaan ke atas nikmat kemerdekaan yang dilalui sejak 53 tahun lalu.

''Kita berharap kempen mengibar Jalur Gemilang ini mampu menyemarakkan semangat patriotisme dan cintakan negara di kalangan pelbagai lapisan rakyat," katanya.

Yahya berkata, sebagai warganegara yang prihatin, acara mengibar Jalur Gemilang itu perlu dilakukan dengan sukarela oleh rakyat.

''Namun, apa yang berlaku setiap tahun adalah sebaliknya. Kerajaan terpaksa mengeluarkan surat pekeliling serta mengadakan kempen dan membelanjakan wang untuk menyeru rakyat negeri ini mengibarkan Jalur Gemilang," katanya.

Yahya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Bulan Kemerdekaan Ke-53 peringkat negeri berkata, masih banyak lagi bangunan dan premis perniagaan di negeri ini yang tidak mematuhi arahan kerajaan supaya mengibarkan Jalur Gemilang pada bulan kemerdekaan.

Katanya, tindakan pemilik bangunan dan premis perniagaan itu amat dikesali walaupun arahan bertulis telah dikeluarkan kepada mereka.

Dalam pada itu, beliau menyarankan badan-badan keagamaan lain di negeri ini agar mengadakan sembahyang khas sempena bulan kemerdekaan.

Katanya, acara tersebut akan menjadi satu lagi kepelbagaian acara dalam kita menyahut bukan kemerdekaan pada tahun ini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zuhur 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:11
Isyak 8:20



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.