saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 12/08/2010

Man Bai kini artis Sony Music


SELEPAS lama menyepi, Man Bai bersedia untuk kembali menggegarkan industri tanah air dengan album terbarunya.


POPULARITI lagu Kau Ilhamku meninggalkan impak yang cukup besar dalam diri sebahagian peminat muzik. Lagu ciptaan sepenuhnya oleh Asmin Mudin itu juga dianggap sebagai lagu malar segar.

Kerana lagu itu juga ia memasyhurkan kembali nama Man Bai ketika lagu itu mendaki carta lagu-lagu popular sekitar tahun 1995.

Apatah lagi ketika itu, Man Bai kembali mewarnai dunia seni tempatan secara solo. Percaturannya itu membuahkan hasil yang membanggakan.

Menerusi album solo pertama yang mengangkat nama komersialnya itu sebagai judul album, Man Bai berjaya mencipta semula popularitinya selepas meninggalkan kumpulannya, Gersang.

"Saya harus akui sehingga ke hari ini ramai yang masih terpaut dengan keindahan lagu Kau Ilhamku yang saya sifatkan sebagai sebuah lagu yang ringkas dan tidak sukar untuk dinyanyikan.

"Sejak diberikan demo oleh Asmin sekitar tahun 1993, saya sudah jatuh cinta dengan lagu itu lalu mengambil keputusan untuk merakamkannya dalam album solo pertama saya itu," cerita Man Bai mengimbas kembali detik permulaan lagu Kau Ilhamku sehingga menjadi kegilaan ramai.

Man Bai berkata demikian ketika ditemui pada majlis An Evening With Sony Music yang diadakan di Hotel Maya, Jalan Ampang, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Ternyata lagu tersebut membawa tuah kepada Man Bai yang membuat kemunculan semula apabila menjadi artis naungan Warner Music.

Menerusi album pertamanya itu juga, Man Bai diiktiraf dengan gelaran Artis Solo Lelaki Terbaik pada Anugerah Industri Muzik 1996 selain dicalonkan untuk enam kategori utama lain termasuk Album Terbaik dan Persembahan Vokal Lelaki Terbaik.

Bukan itu sahaja, lagu itu turut dicalonkan untuk kategori Lagu Terbaik namun tewas kepada lagu Jentayu.

Sebuah lagi lagu dalam album itu, Sebenarnya juga menarik perhatian ramai sehingga layak ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu 1996 bagi kategori Pop Rock.

Meneruskan kesinambungan seninya, Man Bai muncul pula dengan album solo keduanya, Positif pada tahun 1999.

Meskipun lagu Positif antara lagu popular tahun itu, tetapi ia gagal memberikan impak seperti mana album Man Bai.

"Kerana itu, saya mengambil keputusan untuk berhenti seketika daripada dunia nyanyian dan menumpukan kerja-kerja belakang tabir.

"Banyak yang saya belajar sepanjang melibatkan diri sebagai orang belakang tabir antaranya menjadi jurutera bunyi dan pengarah persembahan untuk beberapa artis tempatan," ujar Man Bai yang pernah menimba pengalaman di Roslan Aziz Productions untuk beberapa tahun.

Kini, selepas lebih 10 tahun meninggalkan dunia nyanyian, Man Bai sudah bersedia untuk kembali apabila bakal muncul dengan sebuah album terbaru.

Apatah lagi dia baru sahaja menandatangani kontrak dan kini sah menjadi artis naungan Sony Music.

Bakal dipasarkan menjelang penghujung tahun ini, Man Bai ternyata teruja dengan penghasilan album solo ketiganya itu.

Mengakui sedikit berdebar kerana lama meninggalkan bidang nyanyian, Man Bai optimis dengan album terbarunya itu nanti yang mampu mengubat kerinduan peminatnya.

"Saya bersetuju menjadi artis Sony Music kerana mereka memberikan kebebasan kepada saya untuk berkarya dan menentukan konsep album saya sendiri," katanya memberikan rasionalnya memilih syarikat rakaman antarabangsa itu.

Sebagai permulaan, Man Bai memberitahu dia akan muncul dengan sebuah album mini yang memuatkan lima buah lagu di mana tiga daripadanya adalah komposisi Man Bai sendiri.

Salah satunya adalah lagu Cinta Kita yang bakal dinyanyikan secara duet bersama artis Sony Music yang masih belum diputuskan.

"Dulu, saya pernah menyanyikan lagu itu bersama Datuk Khadijah Ibrahim. Selain itu, saya turut memuatkan sebuah lagu berunsurkan ketuhanan yang berjudul Awan Berlalu Pergi.

"Bagi mengubat kerinduan peminat, saya juga akan merakamkan kembali lagu Masih Aku Terasa dan Kau Ilhamku dengan susunan muzik yang lebih segar," kata bapa kepada tiga orang cahaya mata ini panjang lebar.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.