ARKIB : 14/08/2010
Pak Ngah cipta gasing plastik
![]() |
|
PARA remaja dan pelajar sekolah menunjukkan contoh gasing plastik yang dimainkan di Gelanggang Gasing Majlis Perbandaran Temerloh baru-baru ini. |
TEMERLOH 13 Ogos - Sebagaimana diketahui umum, gasing merupakan sejenis permainan tradisional masyarakat Melayu yang popular sejak dahulu lagi.
Malah, permainan gasing bukan sahaja popular di negara ini malah turut dimainkan di negara-negara jiran.
Apa yang membezakan ialah dari segi peraturan permainan dan bentuk gasing yang dimainkan mengikut cita rasa dan budaya masyarakat setempat.
Bagi gasing yang dimainkan oleh masyarakat Melayu, lazimnya ia diperbuat dari kayu hutan yang tahan lasak dan keras.
Namun, berikutan perkembangan teknologi dan perubahan zaman, seorang pesara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di sini mengambil inisiatif dengan mencipta kelainan terhadap permainan itu.
Mohd. Jais Rozali (gambar), 57, yang berasal dari Kampung Sanggang dekat sini mencipta gasing yang diperbuat daripada plastik yang dianggap lebih praktikal berbanding gasing kayu.
Mohd. Jais atau dikenali sebagai Pak Ngah berkata, gasing plastik ciptaannya itu dikatakan lebih kukuh berbanding gasing kayu yang digunakan selama ini.
Menurutnya, penciptaan gasing plastik itu juga bagi mengatasi kesukaran penghasilan gasing kayu dalam kuantiti yang banyak.
''Gasing plastik ini juga lebih selamat untuk dimainkan oleh kanak-kanak dan remaja kerana ia tidak mudah pecah selain sesuai dimainkan di sekolah.
''Apabila ia tidak mudah pecah, kosnya juga lebih rendah kerana tidak perlu kerap menggantikan dengan yang baru," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di Gelanggang Gasing Majlis Perbandaran Temerloh di sini hari ini.
Mohd. Jais memberitahu, gasing plastik itu mudah dibawa ke mana-mana kerana ia lebih ringan berbanding gasing kayu.
Bagaimanapun tambahnya, kos membuat gasing plastik itu masih tinggi kerana tiada mesin khas untuk menghasilkannya dalam kuantiti banyak.
Sehubungan itu, katanya, dia sedang berusaha mencipta sebuah mesin khas membuat gasing plastik dalam kuantiti yang banyak.
Mohd. Jais menamakan gasing ciptaannya itu sebagai 'Gasing 1Malaysia' kerana ia amat sesuai dimainkan oleh semua golongan masyarakat di negara ini tanpa mengira kaum.
Tiga anak Felda tawan Everest wajar diiktiraf
Jadikan tiga pendaki Gunung Everest sebagai ikon belia Pahang
Kerajaan BN tetap salur bantuan
Manfaatkan sumber tempatan
Norol Azali ikrar laksana tugas dengan baik
40 balai bomba bantuan
Suami tabah jaga isteri sakit, anak OKU
Tumpu keperluan generasi baharu
110 nelayan terima lesen sampan
Tiada lagi masalah elektrik di Ulu Tembeling
Hospital pakar hargai jasa jururawat
Buang sifat khianat, dengki
Kelab Agrosiswa di setiap IPTA
700 pembeli kecewa rumah tidak siap
Jangan takut derma buah pinggang
Tiada masalah hidup dengan satu buah pinggang
MBNP bantah perhimpunan haram
Kita perlu kuasai media sosial
Pembangunan wanita negeri ditingkat sejajar perubahan dialami negara
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||










