saya nak baca ..

REKREASI


ARKIB : 14/08/2010

Terjun bungy pertama


TARIKAN terbaru yang menanti pengunjung di taman tema Sunway Lagoon.


BERDIRI di hujung platform setinggi bangunan sembilan tingkat dengan kedua-dua kaki terikat lalu terjun bebas, adakah anda sanggup melakukannya? Bagi yang ingin merasai debaran, terjun bungy menjanjikan cabaran yang luar biasa.

Di kalangan mereka yang dahagakan cabaran, pengalaman disedut graviti itu merupakan satu daripada cabaran yang wajib disempurnakan. Di negara ini, penggemar bungy kini tidak perlu lagi ke luar negara untuk merasainya.

Sunway Lagoon pada 1 Ogos lalu memperkenalkan acara terjun bungy sebagai tarikan terbaru di taman tema seluas 53 hektar itu. Ia adalah terjunan bungy (kekal) pertama di negara ini.

WOW! pada minggu lalu berpeluang merasai pengalaman super ekstrem yang dikendalikan oleh Bungy Malaysia, anak syarikat AJ Hackett, firma sukan lasak dan terjunan bungy terkemuka.

Cabaran bermula di tengah-tengah jambatan gantung taman tema itu yang menjadi platform operasi pada ketinggian 21 meter.

Penulis dipertemukan dengan Graham Whorskey, pakar bungy yang mempunyai lebih daripada 6,000 rekod terjunan di seluruh dunia.

"Kosongkan minda dan nikmati setiap saat. Kamu akan selamat," ujar Whorskey sambil menghulurkan borang untuk diisi setiap peserta.

Pengakuan penyertaan dan pengesahan bebas penyakit jantung ditandatangani. Selepas semua poket dikosongkan, alat penimbang berat pula disorongkan ke kaki. Segalanya terasa seperti begitu pantas berlalu.

Keterujaan hati untuk melakukan terjunan terhenti sebaik sahaja mendengar jeritan penerjun pertama. Namun ketika itu kedua-dua kaki sudahpun dibalut dan diikat kemas. Agak terlewat untuk berpatah balik.

Berdasarkan pengiraan berat badan, penerjun diberi pilihan sama ada ingin mencecah permukaan tasik atau sekadar tergantung. Daripada posisi duduk, kini penulis sudahpun berdiri lebih kurang setengah meter dari hujung pelantar.

Pandangan mata tetap menghala ke bawah walaupun beberapa kali dipesan supaya kepala didongakkan ke atas. Perasaan gayat dan sayup jantung merayap hingga ke telinga. Sedia ataupun tidak, terjunan tetap akan berlaku dalam masa beberapa saat.

Ketika itu keberanian betul-betul tercabar. Nafas ditarik panjang dan pada kiraan tiga, kaki yang sebelum itu melekat kuat dilonjak dengan badan terus menjunam laju ke bawah.

Walaupun hanya beberapa saat, sentapan yang dirasakan pada jantung seperti terlalu lama. Selepas tangan menyentuh air, saya sedar semuanya sudahpun berakhir dengan selamat.

Selepas tali elastik berhenti menyentap penerjun yang berada dalam keadaan tergantung diturunkan oleh kru Bungy Malaysia ke dalam rakit pelampung yang menunggu di permukaan tasik.

Sementaraitu, Whorskey yang berpengalaman lebih 20 tahun dalam pengendalian terjunan bungy berkata, meskipun konsep hiburan itu agak gila tetapi ia selamat untuk dicuba.

Ujarnya, jaminan keselamatan bungy yang dipraktik oleh Bungy Malaysia menepati piawaian ISO antarabangsa. Tambahnya, setiap daripada tali bungy hanya digunakan untuk 400 kali terjunan walaupun ia mampu menampung sehingga 1,000 terjunan.

"Kepuasan yang menanti selepas mengatasi rasa takut dan fobia itu lebih hebat daripada apa yang pernah anda kecapi sebelum ini," jamin lelaki warga New Zealand itu.

Sementara itu, bagi penerjun yang 'bermasalah', mereka diberikan masa untuk bertenang dan membuat keputusan sama ada untuk meneruskan hajat atau datang pada masa yang lain. Bagaimanapun sebagai cabaran dari Bungy Malaysia, tiada wang akan dikembalikan.

Lompatan bungy di Sunway Lagoon kini dibuka kepada pelawat berusia 10 tahun ke atas. Bayaran RM50 dikenakan kepada warga negara manakala RM100 kepada bukan pemegang MyKad.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zuhur 1:20
Asar 4:34
Maghrib 7:25
Isyak 8:36



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.