saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 15/08/2010

Debaran Farish Aziz




MENDENGAR khabar 'masjid' bakal dibina oleh pengacara dan pelakon Farish Aziz ini, pasti ramai peminat seni hiburan turut gembira dan berkongsi rasa syukur dengan berita indah itu.

Bagi jejaka berusia 26 tahun itu pula, bukan sesuatu yang menghairankan jika hidupnya kini agak kalut apabila dia mula memikirkan persiapan menjelang hari bersejarah tersebut.

Apatah lagi dalam sesi fotografi baru-baru ini, anak kelahiran Kota Kinabalu, Sabah itu berkongsi satu lagi khabar gembira apabila dia mungkin akan bertunang selepas Aidilfitri ini.

Namun dia jujur memberitahu masih lagi memilih tarikh yang sesuai untuk hari melafazkan akad nikah kerana tidak mahu terburu-buru melangsungkannya.

Katanya, ini kerana perkara baik itu turut melibatkan pendapat dua keluarga dan ia pasti menimbulkan banyak isu yang berbangkit.

"Macam keluarga saya, ramai sepupu yang juga akan berkahwin tahun depan. Saya tidak mahu majlis akad nikah dan resepsi perkahwinan saya bertembung dengan mereka. Kalau boleh biarlah ada jarak tiga empat bulan dengan tarikh mereka.

"Justeru, saya tidak boleh bercakap lanjut tentang bila tarikh perkahwinan saya tetapi ia tetap akan berlangsung pada tahun depan," katanya tersenyum bahagia.

Ditanya siapa gerangan wanita yang bakal menjadi suri dalam hidupnya, Farish Aziz atau nama sebenarnya Mohd. Farish Aziz Sulaiman enggan mendedahkan nama kekasihnya itu.

Katanya, buah hati yang dikenali sejak umur 13 tahun itu merupakan seorang yang pemalu dan hanya bersedia ditatap wajahnya pada hari pernikahan kelak.

Namun pelakon yang popular dengan drama Kau dan Aku di Astro Ria itu sudi berkongsi cerita mengenai ciri-ciri wanita yang berjaya mencuri hatinya.

"Saya sebenarnya suka teman wanita yang memiliki wajah Melayu asli tetapi kekasih saya merupakan anak mami dan dia lebih tinggi daripada saya.

"Dia kini merupakan seorang peguam di Kota Kinabalu dan sebelum ini belajar di Australia. Kami berkenalan sejak di tingkatan satu lagi," katanya yang mengharapkan perkahwinannya kelak akan memberi lebih rezeki dalam dunia seni ini.

Tak 'couple' dengan Tam!

Sudah menjadi lumrah bagi artis lelaki yang berwajah kacak atau jambu terkena tempias gosip sebagai lelaki songsang.

Tidak terkecuali Farish Aziz. Apatah lagi, dia berkawan rapat dengan pelakon Tam. Keakraban dua sahabat ini bukan lagi rahsia.

Di mana ada Farish Aziz, di situ juga pasti ada Tam. Malah mereka turut berkongsi minat kerjaya yang sama.

Tam dan Farish bekerjasama membangunkan sebuah syarikat penerbitan, Chantek Pictures Sdn. Bhd. sejak Mac 2009. Gara-gara hubungan rapat itulah Farish Aziz dan Tam dikatakan menjadi pasangan songsang.

Diajukan persoalan itu, pemegang Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR) itu hanya tersenyum dan menggeleng kepala.

"Saya sudah lali dengan gosip sebegini. Saya akui waktu mula ceburi bidang seni ini, saya naif dan tidak tahu apa itu istilah 'adik-adik'.

"Saya tidak kisah lepak dengan mereka dan selepas lima tahun menjalani kehidupan sebagai artis, baru saya tahu semua itu.

"Sebenarnya saya sedih dengan pemikiran segelintir pihak apabila gemar melabelkan artis lelaki yang bermuka jambu sebagai gay atau lembut dan ada pasangan sejenis," katanya sambil menafikan sekeras-kerasnya hubungan songsang dengan Tam.

Jelas Farish Aziz, sebagai bekas pemain bola Piala Presiden Sabah, adalah mustahil dia hendak menjadi seorang lelaki lembut.

Ujarnya lagi, dia tidak kisah berkawan dengan sesiapa sahaja dan menganggap kawan baik Tam adalah kawan baiknya juga.

"Tak ada makna hendak 'coverline' apabila saya kata saya hendak kahwin. Saya dah malas nak fikir apa orang nak kata.

"Janji saya dan keluarga tahu apa yang saya lakukan dan saya tidak seperti yang difikirkan itu," katanya penuh serius.

Masih tidak popular?

Masih terlalu awal untuk memperkatakan kehebatan Farish Aziz sebagai pengacara atau pun pelakon biarpun sudah lima tahun berjinak-jinak dalam industri.

Namun apa yang boleh dibanggakan, sepanjang tempoh berkenaan, dia telah menjayakan lebih 30 program di kaca televisyen.

Bermula dengan program Durian Runtuh pada 5 Jun 2006, Farish terus diintai penerbit mengendalikan [email protected], Ronda 360 Darjah, Fulus Mania, Trek Selebriti, Debaran Anugerah Era, Kuiz Adik Comel dan terbaru, Bola.

Farish Aziz turut mengorak langkah dalam bidang lakonan dan membintangi beberapa drama iaitu KAMI, Dunia Anita, A.D.A.M, Duranni, Gaia dan Kau Dan Aku.

Cuma ada suara-suara sumbang mengatakan namanya tidak boleh jauh dan hanya sekadar menjadi penyeri serta penambah koleksi bilangan pengacara serta pelakon dalam industri.

Menyedari hakikat demikian, Farish Aziz berkata dia tidak kecewa dengan senario tersebut sebaliknya percaya pada niat awal menceburi kedua-dua bidang itu.

"Saya masuk industri sebenarnya hendak mencari duit dan saya tidak kisah jika tidak popular seperti artis lain.

"Malah saya bersyukur kerana apa yang saya perolehi hari ini melebihi cukup apa yang dijangka hingga mampu mengumpul aset seperti kereta dan kini dalam proses membeli rumah.

"Mungkin rezeki saya belum tiba lagi kerana kalau saya perhatikan, Aznil Nawawi pun mengambil masa lama sebelum popular seperti hari ini," katanya memberitahu tawaran berlakon terus datang mencurah-curah pada bulan ini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.