saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 15/08/2010

Guna dinar emas di Kelantan, BNM diminta kaji sudut perundangan

PEKAN 14 Ogos - Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk mengkaji dari sudut perundangan berhubung penggunaan mata wang dinar dan dirham yang dilancarkan oleh kerajaan Kelantan kelmarin.

Tegas Perdana Menteri, mengikut perundangan negara, hanya BNM yang boleh mengeluarkan wang yang diiktiraf dan sah di negara ini.

Sehubungan itu, kata beliau, BNM akan melihat perkara itu dari segi percanggahan undang-undang.

''Ikut undang-undang negara kita, cuma Bank Negara yang boleh keluarkan wang yang boleh diiktiraf dan sah dalam negara kita," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada 221 masjid dan surau sempena Ramadan di Bangunan UMNO Pekan di sini hari ini.

Kelmarin, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melancarkan mata wang syariah dinar emas dan dirham perak yang akan digunakan dalam transaksi seharian termasuk pembayaran gaji kepada kakitangan awam.

Nik Abdul Aziz berkata, mata wang itu boleh digunakan di kira-kira 1,000 kedai dan restoran sebagai transaksi perniagaan.

Malah, beliau menyifatkan penggunaan dinar dan dirham sebagai alternatif kepada Ringgit Malaysia (RM) yang tidak bertentangan dengan undang-undang dan ia dirangka mengikut peruntukan yang disediakan oleh BNM.

Berikutan itu, BNM dalam kenyataannya semalam menegaskan, hanya mata wang ringgit sah diperakukan bagi pembayaran barangan dan perkhidmatan di negara ini.

Mengikut kenyataan itu, di bawah undang-undang negara ini, BNM sahaja yang berhak untuk mengeluarkan mata wang di negara ini.

Sementara itu di Kota Bahru, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Mustapa Mohamed berkata, hasrat kerajaan Kelantan menjadi negeri pertama mempelopori penggunaan emas serta perak yang dikenali mata wang syariah emas dinar dan perak dirham di negara ini adalah permainan politik Pas.

Selain penggunaan mata wang kertas dan syiling keluaran BNM, tindakan mengeluarkan mata wang alternatif atau gantian menyalahi perlembagaan dan peraturan negara, kata Mustapa.

Menurut beliau, Pas menganggap dinar dan dirham mata wang alternatif tetapi ia jelas telah melanggar undang-undang negara dan telah ditegaskan melalui kenyataan BNM.

Beliau yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, menurut BNM, ia menyalahi perlembagaan dan peraturan kerana mata wang negara ditentukan oleh Kerajaan Pusat dan tidak ada kaitan langsung dengan kerajaan negeri.

Katanya, kedua-dua pemimpin Pas dalam kenyataan mereka berbeza pendapat kerana pada mulanya Nik Abdul Aziz menyatakan dinar dan dirham yang diperkenalkan sebagai mata wang alternatif.

Pada perkembangan yang sama, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin berkata, selain mata wang yang hanya boleh dikeluarkan oleh BNM terdapat satu konsep yang dikenali sebagai legal tender (nilai sah lakunya) yang juga dihalang undang-undang negara daripada dikeluarkan oleh mana-mana pihak.

"Mungkin ini yang memerangkap pemahaman kerajaan negeri apabila mengakui tindakan memperkenalkan dinar dan dirham selaras dengan peraturan BNM," katanya

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zohor 1:20
Asar 4:36
Maghrib 7:26
Isyak 8:37



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.