saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 16/08/2010

Indonesia tahan 7 nelayan kita di Kota Tinggi

JOHOR BAHRU 15 Ogos - Tujuh nelayan tempatan ditahan dan dipercayai dibawa ke perairan Indonesia oleh sebuah bot penguat kuasa perikanan negara itu ketika menangkap ikan di perairan Kota Tinggi, Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supt. Osman Muhammad Sebot berkata, kesemua nelayan itu merupakan sebahagian daripada 15 nelayan yang menaiki lima buah bot untuk menangkap ikan di perairan berkenaan.

"Kejadian berlaku kira-kira pukul 9.30 malam semasa kesemua 15 nelayan berusia 23 hingga 63 tahun terbabit berada di kedudukan empat batu nautika tenggara Tanjung Punggai sebelum didatangi sebuah bot penguat kuasa perikanan Indonesia lalu menahan mereka," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Osman berkata, bot ronda Pasukan Gerakan Marin yang sedang melakukan rondaan di perairan tersebut kira-kira pukul 10.40 malam, kemudian terserempak dengan lima buah bot nelayan yang dalam perjalanan menuju ke perairan Indonesia bersama sebuah bot dipercayai pihak penguat kuasa Indonesia.

Beliau berkata, bot penguat kuasa Indonesia itu terus memecut laju memasuki perairan Indonesia sebaik sahaja diarahkan berhenti oleh Pasukan Gerakan Marin.

Katanya, polis yang memeriksa lima bot nelayan tersebut kemudian menemui tiga anggota penguat kuasa perikanan Indonesia yang lengkap beruniform tetapi tidak memiliki bersenjata api bersama lapan nelayan tempatan.

"Daripada maklumat yang diterima, terdapat tujuh lagi nelayan yang telah dibawa oleh bot penguat kuasa Indonesia tersebut menuju ke perairan Indonesia," katanya.

Katanya, sehingga kini masih belum ada sebarang perkembangan terbaru berhubung nasib tujuh nelayan berkenaan yang dipercayai dibawa ke Batam, Indonesia.

Polis kini katanya, menahan reman tiga anggota penguat kuasa perikanan Indonesia terbabit sehingga Rabu depan dan lima bot nelayan berkenaan dibawa ke Balai Polis Pengerang untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Nelayan Penggerang, Abu Bakar Mohamad ketika dihubungi berkata, kejadian itu melibatkan hubungan dua negara dan harap ia dapat diselesaikan dengan segera. - BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.