saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 16/08/2010

Keindahan jazz Atilia




Judul Album: Indah

Artis: Atilia

Konsep Muzik: Pop, Jazz

Terbitan: Mujik Productions Sdn. Bhd.

KOMEN: Selepas era Sheila Majid, Atilia boleh dikatakan menyerlahkan gaya alunan muziknya yang berteraskan jazz yang indah garapannya. Tiga lagu dimuatkan dalam album ini. Dua daripadanya iaitu Harus Bagaimana berduet dengan Maliq D’Essentials dan Old Love bersama Noh (Hujan). Indah lagu solo Atilia begitu santai, sentimental dan mempunyai kesyahduannya yang tersendiri. Bukan terlalu berbaur jazz konservatif, sebaliknya lagu Indah begitu kontemporari jalur muziknya. Bagaimanapun paling menarik hasil kolaborasi Atilia dan Noh melalui lagu Inggeris itu. Lagu cinta itu bukan sahaja memperdengarkan kolaborasi pertama dua penyanyi itu. Malah, para peminat juga dapat membezakan kelainan suara Noh yang selama ini menyerlah dengan lagu-lagu rancak menerusi irama indie. Ada keserasian antara suara Atilia dan Noh yang mempunyai gaya kelembutan masing-masing dalam mengalunkan lagu itu. Ia mempunyai kekuatan irama sentimental dan pop di sebaliknya dan bukan berteraskan jazz semata-mata.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.