saya nak baca ..

JENAYAH


ARKIB : 16/08/2010

Empat sekeluarga cedera disimbah asid


NURUL Dahyatul Fazlinda yang parah akibat terkena asid menjalani rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu, semalam.


HULU TERENGGANU 15 Ogos - Gara-gara gagal mendapatkan RM30 daripada bekas isterinya, seorang penagih dadah menyimbah wanita itu, dua anak dan bekas ibu mertuanya dengan asid dalam kejadian di Kampung Sekayu dekat sini hari ini.

Akibat simbahan asid itu, mangsa, Che Ku Zaimah Che Ku Awang, 28, cedera teruk di bahagian belakang badan manakala anaknya, Nurul Dahyatul Fazlinda Khalib, 8, cedera parah di bahagian muka dan dada.

Dua lagi mangsa iaitu ibu Che Ku Zaimah, Minah Omar, 56, cedera di mata manakala seorang lagi anak mangsa, Mohd. Irfan Firdaus, 2, terkena percikan asid di bahagian muka.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 2 pagi ketika suspek berusia 32 tahun datang ke rumah mangsa untuk meminta wang atas alasan untuk mencari pekerjaan.

Ketika itu, Che Ku Zaimah bersama ahli keluarganya baru sahaja masuk tidur.

"Tiba-tiba bekas suami muncul meminta wang. Saya tidak membenarkan dia masuk ke dalam rumah dan hanya berbual melalui tingkap memandangkan kami kini dalam proses perceraian," katanya ketika ditemui di Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini hari ini.

Sebaik sahaja mangsa enggan memberikan wang RM30 yang diminta itu, suspek yang berang terus meluru masuk ke rumah sebelum menendang pintu bilik yang menempatkan mangsa bersama empat orang anaknya.

"Sebaik sahaja dia masuk ke dalam bilik, berlaku pertengkaran. Kami bergelut sehingga menyebabkan keempat-empat anak saya terjaga.

"Ketika bergelut, saya perasan dia membawa sesuatu dalam beg plastik dan saya yakin bahawa ia adalah asid. Sebelum ini, dia pernah mengugut untuk menyimbah asid jika saya enggan memberikannya wang.

"Kejadian berlaku pantas sehingga saya tidak perasan ketika itu Nurul Dahyatul berada di belakang saya menyebabkan dia cedera teruk di bahagian muka apabila asid itu disimbah ke arah saya," katanya.

Menurut Che Ku Zaimah, ibunya yang berada di sebuah bilik lain turut ke biliknya untuk menghalang suspek namun turut terkena percikan asid itu di bahagian mata.

Mujurlah dua lagi anaknya yang berusia 7 dan 11 tahun tidak mengalami kecederaan.

Tambahnya, suspek yang kelihatan takut melihat kesan tindakannya itu melarikan diri setelah dia menjerit meminta tolong.

Menurut Cek Ku Zaimah, ketika itu, dia yang dalam kesakitan terus ke bilik air bersama anak-anaknya sebelum beberapa ahli keluarga yang lain tiba dan membantu menghantar mereka ke hospital.

Sementara itu, Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Supritendan K. Manoharan mengesahkan kejadian tersebut.

Beliau berkata, polis sedang memburu suspek yang melarikan diri dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:39
Zohor 1:13
Asar 4:37
Maghrib 7:22
Isyak 8:36



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.