saya nak baca ..

KOTA


ARKIB : 16/08/2010

Tingkat kesedaran penduduk


Subahan Kamal dan Aznil Nawawi bersama penduduk melafazkan janji untuk memerangi Aedes dan denggi sewaktu program Combi di Kampung Bendahara, Selayang baru-baru ini. – UTUSAN/Zaini Husin


SELAYANG 15 Ogos – Sikap orang ramai yang mengambil mudah terhadap persekitaran rumah adalah punca bilangan kes demam denggi di Selangor semakin meningkat dan membimbangkan.

Statistik menunjukkan 21,309 kes denggi termasuk 69 melibatkan kematian dilaporkan berlaku di seluruh negara sejak Januari lalu. Selain Kuala Lumpur, Selangor mencatat paling banyak kes dengan purata 52 kes demam denggi mulai 2007 hingga tahun lalu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Templer, Datuk Subahan Kamal berkata, sehubungan itu, masyarakat perlu menyertai Program Komunikasi Untuk Mengubah Tingkah Laku (Combi) yang diperkenalkan sejak 2003 bagi menentang nyamuk Aedes dan demam denggi.

Melalui Combi, penduduk akan membantu Jabatan Kesihatan melaksanakan aktiviti pencegahan menerusi gotong royong pembersihan persekitaran, selain menjadi sukarelawan seperti menasihati jiran mendapatkan rawatan segera di klinik berhampiran serta mengingatkan mereka supaya membuat pemeriksaan dan menghapuskan tempat pembiakan nyamuk Aedes.

“Penglibatan aktif penduduk di beberapa kawasan perumahan di daerah ini dalam menjayakan Combi memberi impak positif berikutan terdapat penurunan kes demam denggi di beberapa kawasan yang sebelumnya aktif.

“Bagaimanapun sejak akhir-akhir ini aktiviti ini terutama di daerah Gombak telah merosot sekali gus menyumbang kepada peningkatan semula jumlah kes denggi,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas hadir pada kempen kesedaran ‘Jom Ganyang Aedes’, bagi meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai bahaya demam denggi.

Turut hadir pelakon dan pengacara televisyen terkenal, Aznil Nawawi yang dilantik sebagai ikon kempen anjuran Kementerian Kesihatan itu.

Subahan tidak menafikan masih terdapat sebilangan kecil masyarakat tidak prihatin dengan membiarkan tapak pembiakan Aedes wujud di kawasan kediaman dan premis perniagaan mereka.

Katanya, dalam hal ini, mereka tidak boleh meletakkan tanggungjawab mengawal dan menghapuskan tempat pembiakan Aedes kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) atau Jabatan Kesihatan negeri atau daerah semata-mata, sebaliknya menjadi tanggungjawab bersama.

Beliau berkata, masyarakat perlu memberikan kerjasama sepenuhnya menghapuskan tempat pembiakan Aedes dengan melakukan pemeriksaan di kawasan kediaman dan premis masing-masing.

Beliau berkata, usaha yang dilakukan di setiap kawasan perumahan termasuk mewujudkan pasukan Combi selain memperhebatkan aktiviti pembersihan bagi memastikan semua kawasan yang dikenal pasti menjadi tempat pembiakan Aedes dihapuskan.

Menurutnya, tindakan agresif penting supaya bilangan kes demam denggi di negeri ini dapat dikawal dan dikurangkan manakala kematian akibat denggi juga boleh dielakkan.

“Saya berharap masyarakat dapat memberi kerjasama dengan melibatkan diri dalam aktiviti pencegahan denggi dengan membuat pemeriksaan di kawasan kediaman dan premis masing-masing selama 10 minit setiap minggu bagi menghapuskan tempat pembiakan Aedes selain mengaktifkan program Combi,” ujarnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:18
Maghrib 7:00
Isyak 8:10



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.