saya nak baca ..

SAINS & TEKNOLOGI


ARKIB : 16/08/2010

Perintis teknologi monorel tempatan


Barisan pegawai dan kakitangan Scomi yang menjadikan impian negara untuk memiliki serta menghasilkan teknologi canggih monorel menjadi kenyataan.


Kira-kira 10 tahun lalu, ramai warga kota Kuala Lumpur terpaksa bersesak-sesak dan berebut menaiki bas mini untuk bergerak ke tempat kerja mahu pun menjalani aktiviti seharian.

Bagi yang ingin cepat sampai ke destinasi, teksi menjadi pilihan, meskipun terpaksa menanggung kos tambang yang agak mahal.

Suasana berebut-rebut menaiki bas seiring dengan hiruk-pikuk kota yang bingit, debu, panas dan asap kenderaan yang melemaskan cukup merimaskan pada ketika itu.

Kini, setelah 53 tahun negara merdeka, sistem pengangkutan awam semakin moden. Bas mini sudah menjadi sejarah. Sistem pengangkutan yang disediakan masa kini boleh dikatakan selari dengan arus permodenan.

Ia turut mengubah gaya hidup warga kota dan memudahkan pergerakan seharian.

Antara pengangkutan awam yang terbaru ialah khidmat monorel yang senyap dan selesa merentasi tengah-tengah ibu negara.

Laluannya yang fleksibel memudahkan warga kota melakukan pelbagai aktiviti seharian tanpa perlu lagi berebut menaiki bas mahupun teksi.

Lebih membanggakan sistem teknologi monorel sebenarnya dibangunkan oleh anak tempatan.

Tidak ramai yang mengetahui bahawa tren yang digunakan oleh Kuala Lumpur Monorail (KL Monorail) merupakan buatan tempatan.

Ia dimajukan oleh syarikat tempatan 100 peratus iaitu Scomi Engineering Berhad (SEB). Ini merupakan antara syarikat bumiputera yang bertanggungjawab merealisasikan hasrat negara untuk memiliki sebuah sistem perkhidmatan pengangkutan awam yang canggih.

Syarikat tersebut juga berjaya menempa nama di persada dunia dalam sektor pembuatan tren monorel setanding negara-negara maju.

Pengerusinya, Syahrunizam Samsudin berkata, SEB merupakan anak syarikat kepada Kumpulan Scomi yang pada asalnya melaksanakan tugas penyelesaian permasalahan pengangkutan awam.

"Scomi yang dipertanggungjawab untuk menyelesaikan masalah pengangkutan awam di ibu kota Kuala Lumpur hadir dengan teknologi monorel sebagai penyelesaiannya.

"Monorel merupakan teknologi tren berkuasa elektrik bagi membawa penumpang dari satu destinasi ke destinasi yang lain tanpa meninggalkan kesan yang negatif terhadap alam sekitar," ujar beliau ketika ditemui di kilang pembuatan monorail di Rawang, baru-baru ini.

Memiliki landasan yang kecil dan fleksibel sementara pergerakannya yang senyap tanpa menggunakan bahan api fosil, monorel merupakan satu 'anugerah' terhadap permodenan negara.

Bermula beberapa tahun lalu, kini monorel yang dikenali sebagai Sutra sudah tidak asing buat rakyat Malaysia.

Kilang pembuatan monorel yang terletak di kawasan perindustrian Sungai Choh, Rawang, Selangor bukan sahaja mampu membina gerabak malah turut menghasilkan badan dan aksesori bas ekspres.

Menurut Syahrunizam, syarikatnya bukan sahaja mampu mereka, membina dan menguji monorel malah turut melaksanakan penyelidikan serta pembangunan (R&D) terhadap sistem teknologi tersebut.

Malah, beliau turut berhasrat menaik taraf kilang tersebut sebagai salah sebuah pusat kecemerlangan inovasi dan teknologi di negara ini.

"Kita turut mereka bentuk monorel, bina dan kemudian ia akan diuji di atas trek monorel sepanjang satu kilometer di sekeliling kilang ini.

"Untuk pengetahuan, hanya di sini anda dapat melihat trek ujian monorel dan ia merupakan satu-satunya yang berada di Malaysia," jelas beliau.

Lebih membanggakan, SEB turut mendapat mandat serta kepercayaan daripada kerajaan India untuk mereka bentuk monorel, membina trek dan mengendalikan sistem pengangkutan awam untuk kegunaan rakyat negara tersebut.

Ia juga merupakan antara kemuncak kejayaan syarikatnya apabila berjaya menembusi pasaran luar negara melalui teknologi monorel buatan tempatan.

Ketika ditanya adakah SEB turut ingin memasarkan produk mereka ke negara-negara maju, Syahrunizam berkata, syarikatnya tidak menyasarkan negara-negara maju.

Hal demikian kerana di negara-negara maju sudah pun memiliki teknologi sedemikian rupa. Apa yang menjadi sasaran mereka kini adalah negara-negara yang sedang pesat membangun seperti India, Brazil dan negara-negara di sekitar Asia.

Lebih dikenali sebagai Sutra, monorel buatan syarikat tempatan tersebut bakal menemui rakyat India sedikit masa lagi dan ia dikenali sebagai Mumbai Monorail.

Kerjasama antara Scomi Engineering bersama India merupakan langkah pertama syarikat tersebut untuk menempa nama di persada antarabangsa.

Justeru, projek usahasama tersebut sekali gus menampakkan bahawa teknologi buatan negara kini semakin mendapat tempat di dunia.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:40
Zohor 1:13
Asar 4:37
Maghrib 7:21
Isyak 8:35



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.