saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 16/08/2010

Sepasang kekasih remaja mengaku salah buang bayi

16/08/2010 6:49pm

MELAKA 16 Ogos Sepasang kekasih yang bekerja di sebuah kilang di sini, mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Melaka hari ini atas tuduhan membuang bayi perempuan di kawasan Kilang Daibochi di Ayer Keroh di sini pada pagi Rabu lepas.

Mohd. Zolhalmi Khamis, 18, dari Felda Jelai, Gemas, Negeri Sembilan dan pasangannya, seorang remaja berusia 17 tahun 10 bulan, juga beralamat yang sama, dituduh bersama-sama membuang bayi itu kira-kira 1 pagi pada 11 Ogos lepas.

Kedua-dua tertuduh yang bertubuh kecil didakwa mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Mohd. Zolhalmi dan pasangannya berada dalam kandang tertuduh sewaktu jurubahasa membaca pertuduhan di hadapan Majistret Mohd. Fairuz Johari.

Kedua-dua mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa. Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:59
Zohor 1:21
Asar 4:22
Maghrib 7:24
Isyak 8:33



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.