saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 17/08/2010

Skim Prihatin 1Wilayah Persekutuan dilancar


Muhyiddin Yassin menyampaikan bantuan kepada Safura Hamdan sambil diperhatikan oleh penerima bantuan yang lain selepas melancarkan Skim Prihatin 1Wilayah Persekutuan di Masjid Wilayah Persekutuan semalam.


KUALA LUMPUR 16 Ogos - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini melancarkan skim khairat kematian untuk warga kota yang dikenali dengan nama Skim Prihatin 1Wilayah Persekutuan.

Menurut beliau, skim itu bertujuan mengurangkan kesedihan dan meringankan beban mereka yang kematian ahli keluarga.

Beliau mengakui, dalam kesibukan mengejar kemajuan ekonomi, memang terdapat golongan yang tersisih daripada arus pembangunan.

"Mereka termasuklah golongan mudah miskin yang hidup di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur.

"Dengan peningkatan kos sara hidup, golongan ini menghadapi kesukaran menampung perbelanjaan harian. Tanpa bantuan kerajaan dan mereka yang prihatin, golongan ini akan terus dihimpit kemiskinan," katanya.

Beliau berucap pada majlis pelancaran skim itu dan majlis berbuka puasa peringkat Wilayah Persekutuan di Masjid Wilayah Persekutuan di sini hari ini.

Hadir sama, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dan Ahli Parlimen Putrajaya merangkap Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Skim khairat kematian itu amat unik kerana ia terbuka kepada semua warga Wilayah Persekutuan tanpa mengira kaum atau agama selagi memenuhi syarat yang ditetapkan.

Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) selaku pengurus skim akan menyumbang RM2,500 kepada penama setelah membayar yuran RM5 yang hanya perlu dilunaskan sekali sahaja seumur hidup.

Syarat untuk mendapat khairat itu ialah:

l Berusia antara 21 tahun hingga 75 tahun

l Bermastautin di Wilayah Persekutuan

l Berdaftar sebagai pengundi di Wilayah Persekutuan

l Mengemukakan dua orang penama.

Pada majlis sama juga, YWP menyampaikan bantuan Ihya' Ramadan sebanyak RM80,000 kepada 320 individu yang tidak bernasib baik dengan setiap seorang akan menerima RM250.

Dalam pada itu, YWP turut memperuntukkan RM235,000 untuk diagihkan kepada golongan yang memerlukan seperti anak- anak yatim, orang kurang upaya (OKU), ibu tunggal, warga emas dan mereka yang berpendapatan rendah.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:18
Asar 4:31
Maghrib 7:24
Isyak 8:34



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.