saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 18/08/2010

'Saya serik jadi nelayan'

JOHOR BAHRU 17 Ogos - "Saya serik menjadi nelayan."

Demikianlah luahan Muslimin Mahmud, 53, salah seorang daripada tujuh nelayan yang ditahan oleh penguat kuasa perikanan Indonesia sebelum dibawa ke perairan negara jiran itu semasa sedang menangkap ikan di perairan Kota Tinggi di sini Jumaat lalu.

Muslimin serta enam rakannya bagaimanapun dibebaskan hari ini dan selamat tiba di Jeti Stulang Laut di sini pukul 11.20 pagi setelah lima hari ditahan Jabatan Polis Perairan Marin di Sekupang Jaya, Batam, Indonesia.

Kepulangan kesemua nelayan itu disambut oleh Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman; Komander Markas PGM Wilayah Dua, Asisten Komisioner Mohd. Khamsani Abdul Rahman dan Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supritendan Osman Muhammad Sebot.

Muslimin yang sebak ketika ditemui pemberita berkata, pengalaman ditahan oleh pihak berkuasa Indonesia itu adalah yang pertama kali dialaminya sepanjang 37 tahun menjadi nelayan.

Katanya, sepanjang ditahan di sana, mereka tidak menghadapi sebarang masalah dan dilayan dengan baik oleh pihak berkuasa negara jiran itu.

"Alhamdulillah, semuanya dalam keadaan baik. Saya tak sabar untuk pulang semula ke pangkuan keluarga selepas ini dan berpuasa bersama-sama.

"Saya sudah serik menjadi nelayan selepas kejadian ini. Saya rasa hendak mencari kerja lain pula," katanya.

Utusan Malaysia kelmarin melaporkan 15 nelayan tempatan berusia 23 hingga 63 tahun ditahan oleh sebuah bot penguat kuasa perikanan Indonesia sebelum dibawa ke perairan negara jiran itu ketika sedang menangkap ikan di kedudukan empat batu nautika Tenggara Tanjung Punggai, Kota Tinggi Jumaat lalu.

Bot Pasukan Gerakan Marin (PGM) yang terserempak dengan kejadian pukul 10.40 malam itu bertindak menahan lima bot nelayan dan bot penguat kuasa perikanan Indonesia.

Bagaimanapun tujuh daripada 15 nelayan itu telah dibawa ke negara jiran itu.

Selain berjaya menyelamatkan lapan nelayan tempatan tersebut, PGM turut menahan tiga anggota penguat kuasa perikanan Indonesia yang lengkap beruniform tetapi tidak bersenjata api.

Seorang lagi nelayan, Chong Ah Choi, 58, pula berkata, kejadian itu merupakan yang pertama dihadapinya sepanjang lebih 30 tahun menjadi nelayan.

"Saya tak akan lupa pengalaman ini seumur hidup. Saya akan tetap teruskan kerja jadi nelayan selepas ini tapi akan lebih hati-hati semasa menangkap ikan nanti.

"Sekarang saya hanya mahu pulang berjumpa keluarga. Terima kasih kepada kerajaan kerana membantu bebaskan kami," katanya.

Utusan Malaysia turut dimaklumkan tiga anggota penguat kuasa perikanan Indonesia yang ditahan PGM dalam kejadian itu turut dibebaskan hari ini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.