saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 19/08/2010

Tiada bukti Beng Hock dipukul, diseksa


Seorang lelaki duduk ketika cuba menghalang kenderaan yang dinaiki Pengarah Bahagian Perundangan dan Pendakwaan SPRM, Abdul Razak Musa di Mahkamah Koroner, Shah Alam, semalam.


SHAH ALAM 18 Ogos – Pakar patologi forensik dari Thailand, Dr. Pornthip Rojanasunand hari ini menukar pandangan dengan tidak lagi mengekalkan pendapat sebelum ini bahawa 80 peratus Teoh Beng Hock mati akibat dibunuh.

Beliau yang memberi keterangan pada inkues menyiasat kematian Setiausaha Politik Exco Selangor itu juga mengubah pandangannya tentang koyakan pada dubur dan kecederaan pada punggung yang kononnya ditusuk objek tumpul serta dipukul.

Pornthip yang berpeluang meneliti belahan pada bahagian berkenaan semasa bedah siasat kedua sebaliknya mengesahkan kecederaan tersebut disebabkan jatuh dari tempat tinggi selain tiada bukti menunjukkan Beng Hock dipukul atau diseksa sebelum dia ditemui mati.

‘‘Daripada kecederaan yang beliau alami, tidak ada bukti keterangan forensik untuk menyokong mengenai dakwaan (dipukul atau diseksa).

‘‘Saya tidak boleh beri peratusan selepas mengikuti bedah siasat kedua. Lagipun pada masa itu saya perlu yakinkan koroner agar bedah siasat kedua dibenarkan,” katanya ketika menjawab soalan peguam pemerhati bagi kerajaan Selangor, Malik Imtiaz Sarwar.

Pornthip sebelum ini menimbulkan kontroversi apabila memberi pandangan bahawa kemungkinan 80 peratus kematian Beng Hock kerana dibunuh manakala 20 peratus lagi akibat bunuh diri sehingga Mahkamah Koroner membenarkan bedah siasat kedua dilakukan.

Pornthip yang tampil dengan gaya rambut berwarna-warni serta mengenakan baju T ketat dalam keterangannya hari ini bagaimanapun tetap mempertahankan pandangannya bahawa Beng Hock tidak membunuh diri

Katanya, mangsa mungkin tidak sedarkan diri semasa jatuh kerana tiada keretakan dan luka pada dasar tengkorak serta pada pergelangan tangan yang biasanya berlaku apabila seseorang cuba melindungi dirinya.

Menurut beliau, ia disokong oleh laporan bedah siasat pertama yang menunjukkan Beng Hock mengalami hipoksia iaitu otak tidak menerima oksigen selama sekurang-kurangnya lima minit akibat saluran darah atau tenggorok tersumbat.

Berhubung kesan lebam pada sekitar leher, Pornthip berpendapat, ia berlaku sebelum kejadian jatuh akibat hentakan kuat benda tumpul yang boleh menyebabkan mangsa pengsan atau meninggal dunia.

Meskipun mengesahkan kecederaan bukan akibat dicekik kerana kesannya yang lebih luas, namun beliau menolak ia berlaku akibat jatuh kerana kesan seperti itu tidak pernah ditemui dalam 35 kes yang pernah dikendalikannya.

Pornthip juga menolak kemungkinan lebam itu disebabkan keretakan tulang belakang, sebaliknya beliau memberi teori kemungkinan seseorang meletakkan sesuatu di tengkuk Beng Hock atau menekan kepala mangsa ke atas sesuatu.

Semasa disoal Pengarah Bahagian Perundangan dan Pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Abdul Razak Musa, Pornthip menafikan beliau melakukan kesilapan kerana memberi paNdangan berbeza berbanding keterangan sebelum ini.

Beliau turut menafikan memberi keterangan berdasarkan imaginasi serta hanya membuat spekulasi dengan alasan kesimpulan dibuat berdasarkan pemerhatian terhadap bukti-bukti serta pengalaman dalam bidang tersebut.

Pornthip yang merupakan Pengarah Institut Sains Forensik, Jabatan Keadilan Thailand juga menegaskan kedatangan beliau bukan untuk menyerang integriti SPRM.

Sebaliknya beliau berperanan untuk mencari bukti dan memberi pendapat peribadi berdasarkan bukti-bukti saintifik tanpa menyebelahi mana-mana pihak.

‘‘Saya bersuara untuk mereka yang telah mati. Saya tidak berada di sini untuk mewakili kerajaan Selangor ataupun kerajaan Malaysia. Saya mencari bukti dan mengikut bukti saintifik,” tegas beliau.

Menjawab soalan peguam yang mewakili keluarga Beng Hock, Gobind Singh Deo, Pornthip bersetuju bahawa sebarang nota yang dijumpai dalam kes seumpama ini adalah bukti penting dan perlu segera diuji bagi mendapatkan kesan cap jari, kesan tapak tangan, asid deoksiribonukleik (DNA) serta pengesahan tulisan.

Bagaimanapun sebagai penyiasat tempat kejadian, beliau memilih untuk lebih bergantung kepada bukti saintifik berbanding nota yang ditulis oleh mangsa sebelum ditemui mati.

Beng Hock, 30, ditemui mati pada 16 Julai tahun lalu di koridor tingkat lima, Plaza Masalam selepas memberi keterangan di pejabat SPRM Selangor yang terletak di tingkat 14 bangunan sama.

Prosiding inkues di hadapan Koroner Azmil Muntapha Abas bersambung pada 1 September ini.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:19
Asar 4:31
Maghrib 7:24
Isyak 8:34



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.