saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 20/08/2010

Pemuda BN kecam kenyataan perkauman

KUALA LUMPUR 19 Ogos - Pergerakan Pemuda Barisan Nasional (BN) mengecam keras kenyataan berbaur perkauman dan menghina yang didakwa telah diucapkan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Rahman Putra, Kulai Jaya, Johor pada 12 Ogos lalu.

Pengerusinya, Khairy Jamaluddin berkata, ucapan pengetua itu yang didakwa menyebut bahawa pelajar Cina tidak diperlukan di sini dan boleh pulang ke China di samping menyamakan gelang keagamaan Hindu yang dipakai oleh pelajar India seperti rantai anjing adalah amat menjijikkan.

Beliau berkata, kenyataan sedemikian menonjolkan kejahilan pengetua berkenaan berhubung isu kewarganegaraan serta aspek ritual agama lain di negara ini.

"Amat memeranjat dan memilukan sekali kerana semua ini diucapkan di hadapan pelajar pelbagai kaum semasa perhimpunan sekolah bersempena perayaan menyambut Bulan Kemerdekaan negara.

"Apakah beliau langsung tidak memikirkan perasaan para pelajar, terutama Cina dan India yang turut mengumandangkan lirik 'Negaraku, tanah tumpahnya darahku' semasa menyanyikan lagu kebangsaan pada majlis berkenaan namun disajikan dengan ungkapan umpama menghina dan menghalau keluar dari negara ini?" katanya dalam kenyataan akhbar di sini, hari ini.

Semalam, Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom berkata, kenyataan pengetua terbabit, Siti Inshah Mansor itu hanyalah salah faham dan ia telah diselesaikan.

Malah Alimuddin juga menafikan pengetua itu telah ditukarkan ke sekolah lain.

Khairy yang juga Ketua Pemuda UMNO berkata, insiden itu yang telah mengundang 17 laporan polis setakat ini, harus disiasat sepenuhnya.

"Sekiranya benar ia terjadi, maka beliau hendaklah didakwa bagi satu hukuman yang keras, di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan atau seumpamanya, kerana ia langsung tidak boleh diterima sama sekali oleh masyarakat majmuk di negara ini," tegasnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zuhur 1:03
Asar 4:25
Maghrib 7:00
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.