saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 21/08/2010

Karya tempatan di Disney


Para pelakon yang menjayakan Waktu Rehat, (barisan hadapan, dari kiri) Juzzthin, Sharon Alaina, Mohd. Nasiruddin dan Elfira Loy serta (barisan belakang, dari kiri) Amirul Hakim, Cindy, Farhanna Qismina, Addy Ashraf dan Nicholas Cheng.


BUAT julung kalinya, penonton akan disajikan dengan program tempatan apabila saluran Disney akan menayangkan sebuah sitkom berjudul Waktu Rehat.

Saluran yang mensasarkan kanak-kanak sebagai penonton utamanya itu bukan sahaja memberi peluang kepada karya tempatan, bahkan sitkom pendek itu dirakamkan menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya.

Sitkom sepanjang lima minit pada setiap kali tayangannya itu mengisahkan sekumpulan pelajar sekolah menengah rendah di Malaysia yang berkongsi pengalaman hidup sambil berlepak di koridor sekolah semasa waktu rehat.

Bermula 31 Ogos ini sempena Hari Kebangsaan, sitkom tersebut akan ditayangkan sebanyak 16 episod dan ia bakal membawa penonton menjiwai kehidupan pelajar-pelajar apabila berkumpul ketika waktu rehat sekolah.

Pengarah Urusan Saluran Disney Asia Tenggara, Laura E. Wendt berkata, siri itu diterbitkan berdasarkan sitkom Inggeris, As The Bell Rings.

“Ia merupakan sebuah projek francais secara global yang mula dilancarkan di Itali, Sepanyol, Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia, Singapura, China dan yang terbaru, Malaysia.

“Kami (Disney) merasa begitu bangga untuk mempersembahkannya di sini sekali gus meningkatkan lagi pelaburan kami dalam produksi tempatan di Malaysia,” katanya pada majlis pelancaran siri tersebut di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Sitkom yang diterbitkan secara kerjasama dengan Red Communication Sdn. Bhd. itu dijayakan oleh 11 orang pelakon kanak-kanak yang begitu berbakat.

Antaranya ialah ialah Juzzthin, Nik Muhd. Farith Adruce, Nurul Elfira Loy, Mohd. Addy Ashraf, Farhanna Qismina dan Muhammad Nasiruddin Nasir.

Pengarahnya, Shamyl Othman menjelaskan, Waktu Rehat merupakan sitkom yang berlatar belakangkan alam persekolahan dengan menampilkan ikatan persahabatan pelajar-pelajar sekolah menengah rendah selain menyelitkan beberapa insiden lucu sebagai selingan.

“Sasaran siri ini adalah kepada kanak-kanak lingkungan usia lapan hingga 14 tahun.

“Setiap episod selama lima minit ini akan dipenuhi dengan peristiwa melucukan yang sering berlaku dalam suasana sekolah.

“Saya yakin, kepada penonton dewasa, siri ini mampu mengimbau kembali 1,001 kisah yang berlaku sepanjang waktu rehat ketika zaman persekolahan dahulu,” katanya.

Tambahnya, tayangan perdana sitkom rantaian itu ialah pada pukul 12 tengah hari 31 Ogos depan dan seterusnya ditayangkan pada setiap hari Sabtu dan Ahad waktu yang sama.

“Musim pertama sitkom itu mengandungi 16 episod dan bersiaran dalam bahasa Malaysia dengan sarikata dalam bahasa Inggeris,” ujarnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.