saya nak baca ..

JENAYAH


ARKIB : 21/08/2010

Bayi mati didera di perhentian bas


Mayat bayi lelaki dengan kesan lebam di badan ditinggalkan di perhentian bas Kampung Kundur Hilir, Rembau, Negeri Sembilan, semalam. – BERNAMA


REMBAU 20 Ogos – Entah di mana hilangnya nilai kemanusiaan apabila ada yang tergamak mendera bayinya sehingga mati sebelum meninggalkannya di kawasan awam.

Begitu nasib malang menimpa seorang bayi lelaki yang ditemui oleh beberapa pelajar sekolah di bangku sebuah perhentian bas di Kilometer 17 Jalan Pedas-Linggi di Kampung Kundur Hilir, dekat sini, hari ini.

Lebih menyedihkan, bayi yang ditemui kira-kira pukul 6 pagi itu dalam keadaan berbalut dengan kain, dipercayai mati didera ekoran mempunyai kesan lebam di beberapa bahagian anggota badan.

Ketua Polis daerah, Deputi Supritendan Mizan Md. Dom berkata, pihaknya menyiasat kes itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh bayi yang berusia 10 hingga 12 bulan tersebut.

Menurut pengawal keselamatan, Mohamad Som Adlan, 62, dia dimaklumkan tentang penemuan mayat bayi itu oleh pelajar-pelajar berkenaan ketika dalam perjalanan ke tempat kerjanya.

“Mereka memaklumkan menemui satu bungkusan di perhentian bas berkenaan. Apabila saya hampiri, saya sangka bungkusan berkenaan adalah buah cempedak tetapi apabila diperhatikan betul-betul, saya mula berasa curiga.

“Saya kemudian memanggil beberapa penduduk kampung dan apabila membuka bungkusan itu saya terkejut kerana ia mengandungi mayat seorang bayi lelaki,” katanya di sini, hari ini.

Jelasnya lagi, bayi itu ditemui dalam keadaan lengkap berpakaian dan berbalut dengan tuala serta kain batik.

Tambahnya, selepas mendapati bayi berkenaan sudah tidak bernyawa lagi, para penduduk segera menghubungi pihak polis.

Dalam pada itu Mizan berkata, siasatan awal pihaknya mendapati ada kesan lebam pada bahagian kepala, mata, kedua-dua belah pipi dan juga di bahagian belakang bayi itu.

“Kita percaya bayi yang dijumpai itu adalah rakyat tempatan dan berketurunan Melayu,” jelasnya.

Mizan berkata, pihak polis juga sedang menyemak dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi mencari identiti sebenar mangsa dan penjaga bayi berkenaan.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan agar menghubungi Bilik Gerakan IPD Rembau di talian 06-6852222 atau 06-6851999 bagi membantu siasatan.

“Saya juga merayu kepada klinik swasta terdekat sekiranya memberi rawatan kepada bayi dalam lingkungan 10 hingga 12 bulan seperti demam atau terjatuh dalam tempoh terdekat ini supaya menghubungi segera pihak polis,” jelasnya.

Menurutnya, mayat bayi berkenaan telah dihantar ke Hospital Tuanku Ja‘afar (HTJ) Seremban untuk bedah siasat.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:18
Maghrib 7:01
Isyak 8:11



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.