saya nak baca ..

SABAH & SARAWAK


ARKIB : 21/08/2010

Penstrukturan semula kampung Mengkabong

TUARAN 20 Ogos - Projek penstrukturan semula kampung Mengkabong di sini yang melibatkan pembinaan 1,000 buah rumah dijangka siap sepenuhnya menjelang hujung tahun ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Hajiji Noor berkata, pada masa ini sebanyak 500 buah rumah telah berjaya disiapkan.

"Ketika ini projek tersebut sedang berjalan lancar dan kerja-kerja pembinaan rumah siap kira-kira 50 peratus.

"Jadi jika tidak ada halangan projek itu akan siap sepenuhnya pada penghujung tahun ini," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) di Sekolah Kebangsaan (SK) Mengkabong di sini semalam.

Turut hadir, Pegawai Pelajaran Tuaran, Tah Nia Jaman dan Guru Besar SK Mengkabong, Nuridah Kadom.

Menurut Hajiji, projek penstrukturan semula kampung itu yang bernilai RM50 juta dibiayai Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Jelasnya, projek yang dimulakan pada 2009 itu bertujuan mengubah landskap perkampungan nelayan tertua itu kepada sebuah penempatan yang tersusun dan sempurna.

Beliau memberitahu, selain susun atur yang lebih sistematik, keseluruhan penempatan berkenaan turut dilengkapi kemudahan asas seperti elektrik dan air bersih.

"Ini antara usaha kerajaan untuk membantu golongan nelayan menikmati kehidupan yang lebih baik," katanya.

Dalam pada itu, beliau berharap penduduk di daerah itu sentiasa memberi kerjasama kepada kerajaan untuk membangunkan kawasan masing-masing.

"Jadi saya minta semua penduduk tidak menolak sebarang projek pembangunan kerana ia merupakan usaha kerajaan untuk memastikan rakyat keluar daripada kepompong kemiskinan," ujarnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:43
Zohor 1:04
Asar 4:27
Maghrib 7:01
Isyak 8:15



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.