saya nak baca ..

SABAH & SARAWAK


ARKIB : 23/08/2010

124 fakir miskin, mualaf terima zakat


Syed Abas Syed Ali (dua dari kiri) menyampaikan zakat kepada seorang penduduk miskin di Masjid Babusalam Taman Sri Balung, Tawau, kelmarin.


TAWAU 22 Ogos - Seramai 124 fakir miskin dan mualaf dari tujuh buah kampung sekitar Balung, di sini menerima bantuan zakat daripada Pusat Zakat Sabah, semalam.

Bantuan disampaikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balung, Datuk Syed Abas Syed Ali sempena Program Juara Rakyat Bulan Ibadah dan Kerohanian di Masjid Babusalam Taman Sri Balung di sini.

Syed Abas berkata, bantuan tersebut menunjukkan kerajaan amat prihatin terhadap keperluan golongan kurang bernasib baik.

"Ini adalah hasil daripada kemakmuran dan keamanan yang dinikmati oleh negara pada masa ini. Justeru, kita perlu bersyukur dan menghargai pelbagai bantuan yang telah disalurkan oleh kerajaan," katanya.

Hadir sama Pemimpin Kemajuan Rakyat kawasan Balung, Hamild Awang yang juga Ketua Amil kawasan Tawau; Ketua Wanita UMNO Tawau, Rosdianah Md. Noor dan Ketua Pemuda UMNO Tawau, Ariffin Kassim.

Daripada jumlah tersebut seramai 22 penerima berasal dari Kampung Kilang Batu 24, Kampung Rancangan Apas Proper (45), Kampung Check Point Batu 38 (10), Kampung Mas-Mas Kalumpang (12), Kampung Membalua (5), Kampung Mangga (26) dan Taman Sri Balung (4).

Pada majlis tersebut beliau turut mengagihkan 20 kampit beras kepada penerima yang layak.

Syed Abad menambah, kerajaan sentiasa berlaku adil dalam menyalurkan bantuan dan kemudahan kepada rakyat.

''Rakyat tidak perlu berasa tersisih dalam arus pembangunan kerana setiap golongan di Sabah akan mendapat pembelaan sewajarnya," ujarnya.

Syed Abas bersama pemimpin UMNO Tawau kemudiannya berbuka puasa bersama masyarakat setempat dan mendirikan solat maghrib, isyak serta sunat tarawih.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.