saya nak baca ..

KORPORAT


ARKIB : 24/08/2010

Pengguna Celcom Blue dijangka berganda


Zalman Aefendy (empat dari kiri) bersama Ketua Pemasaran Operasi Celcom, Chee Pok Jin (tiga dari kiri) memegang sepanduk promosi Celcom Blue pada majlis pelancaran pek baru itu di Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 23 Ogos - Celcom Axiata Bhd. (Celcom Axiata) menjangka mampu menggandakan jumlah pengguna segmen pasaran Celcom Blue dengan pelancaran pek permulaan prabayar yang dipertingkatkan.

Menurut Pengarah Pemasarannya, Zalman Aefendy Zainal Abidin, jangkaan itu adalah berdasarkan sambutan yang memberangsangkan terhadap pek yang memasuki pasaran sejak minggu lalu.

"Tanpa diadakan promosi, sambutan yang diterima daripada pengguna amat baik. Selepas pengenalan rasmi hari ini, orang ramai akan lebih mengetahuinya dan mendapatkannya secepat mungkin," katanya pada majlis pelancaran pek permulaan tersebut di sini hari ini.

Sehingga kini, pelanggan Celcom Blue mewakili sejuta daripada 10 juta pelanggan Celcom Axiata yang mana pengguna prabayar menjangkaui lapan juta orang.

Menurut Zalman Aefendy, kumpulan sasaran bagi pek permulaan yang baharu dilancarkan, adalah golongan pekerja yang berumur 25 tahun ke atas.

"Ini adalah salah satu usaha Celcom Axiata untuk meningkatkan pelan prabayar yang mana jumlah penggunanya kini masih tinggi terutamanya golongan pekerja yang kerap melakukan panggilan dalam seharian," ujarnya.

Di bawah ciri penambah baikan, pengguna boleh menikmati kadar bayaran lebih murah iaitu 39 sen setiap minit berbanding kadar sebelum ini iaitu 45 sen setiap minit ke semua rangkaian. Malah katanya semakin tinggi penambahan nilai prabayar, bayaran yang dikenakan semakin berkurangan

Ciri-ciri lain dalam pek itu lagi ialah pakej Teman 20 di mana pengguna boleh mendaftarkan seramai 20 ahli keluarga atau kenalan rapat yang menggunakan talian Celcom bagi menikmati kadar istimewa.

"Di bawah pakej ini, bayaran setiap panggilan pada kadar biasa ialah 15 sen setiap minit. Jika penambahan nilai sebanyak RM30 dilakukan, kadar panggilan menjadi 12 sen setiap minit, penambahan RM50 pula ialah 10 sen setiap minit manakala penambahan RM100 kadarnya ialah 8 sen setiap minit.

"Nilai bayaran setiap satu khidmat pesanan ringkas (SMS) dan khidmat pesanan multimedia (MMS) yang dihantar masing-masing adalah satu sen bagi SMS dan 15 sen bagi MMS tidak kira berapa jumlah penambahan nilai telah dilakukan," ujarnya.

Kata beliau lagi, setiap satu pek prabayar tersebut berharga RM3.

Bagi menghargai kesetiaan pengguna, mereka akan mendapat bonus bulanan tiga peratus mengikut kadar penggunaan jika menggunakan nilai prabayar daripada RM50 sehingga RM149.99.

"Bonus akan meningkat sebanyak lima peratus jika pengguna menggunakan nilai prabayar daripada RM150 dan ke atas,'' kata beliau.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:13
Asar 4:36
Maghrib 7:09
Isyak 8:24



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.