saya nak baca ..

PAHANG


ARKIB : 24/08/2010

Rejimen 505 Askar Wataniah pindah kem baru di Sg. Miang

KUANTAN 23 Ogos - Rejimen 505 Askar Wataniah bakal berpindah ke kem baru apabila markas rejimen itu di Kem Sungai Miang dekat Pekan bakal beroperasi tidak lama lagi.

Timbalan Komandernya, Leftenan Kolonel Ahmad Bakri A. Majid berkata, sebelum ini, markas rejimen tersebut beroperasi di Kem Teluk Sisik di sini.

Menurut beliau, pihaknya kini sedang menunggu 'lampu hijau' untuk berpindah ke sana kerana infrastruktur kem tersebut sudah siap cuma beberapa peralatan sahaja yang masih kurang menyebabkan proses pemindahan itu ditangguhkan.

Beliau berkata, kem baru itu nanti mampu menampung kira-kira 1,000 anggota dan akan menjadi markas utama rejimen itu di negeri ini.

"Kem itu nanti akan dirasmikan oleh Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah sempena memuliakan Hari Keputeraan Baginda ke-80. Cuma masanya sahaja belum ditetapkan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Pertandingan Menembak Jemputan Jawatankuasa Pendukung Askar Wataniah (Jakpaw) Pahang dekat sini, kelmarin.

Kira-kira 14 pasukan jemputan daripada pelbagai agensi melibatkan 56 peserta menyertai pertandingan menembak itu dengan menyaksikan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia muncul johan keseluruhan dalam edisi kali kelima.

Ahmad Bakri berkata, ketika ini Batalion Keempat Rejimen 505 Askar Wataniah sudah pun ditempatkan di kem tersebut manakala Kem Teluk Sisik pula akan diambil alih sepenuhnya oleh Batalion Pertama Rejimen 505 Askar Wataniah.

Menurutnya, pada 4 hingga 18 Oktober ini akan dilangsungkan latihan tahunan atau latihan terakhir setelah anggota Askar Wataniah selesai menjalani latihan tempatan.

"Latihan tahunan itu wajib disertai setiap anggota Askar Wataniah yang baru menyertai pasukan ini dan kita jangkakan kira-kira 600 anggota akan mengikuti latihan terakhir itu yang melibatkan fasa kem dan juga fasa medan," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:43
Zohor 1:04
Asar 4:26
Maghrib 7:01
Isyak 8:14



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.