saya nak baca ..

SABAH & SARAWAK


ARKIB : 24/08/2010

Gajah serang Felda Umas Umas


Madri Jamin menunjukkan beberapa pokok palma yang telah dimakan pucuknya oleh dua ekor gajah liar di Felda Umas Umas,Tawau, baru-baru ini. - utusan/ Ghazali Basri


TAWAU 23 Ogos - Felda Umas Umas di sini dikenali sebagai sebuah kawasan yang begitu cantik dan aman.

Terletak kira-kira sejam dari bandar Tawau, kawasan Felda ini jarang digemparkan dengan cerita dan isu yang boleh menimbulkan keresahan warga penerokanya.

Namun ketibaan awal Ramadan kali ini disambut dengan serangan gajah liar yang menimbulkan keresahan kepada lebih 700 keluarga peneroka yang tinggal di kawasan Felda Gugusan Umas itu.

Serangan sejak 12 Ogos lalu itu melibatkan dua ekor gajah yang dipercayai mula memusnahkan tanaman pokok pinang hiasan yang terletak sepanjang laluan masuk ke kawasan penempatan peneroka di situ.

Selain itu, gajah berkenaan turut merosakkan tanaman penduduk seperti pokok pisang dan kelapa sawit.

Malah haiwan liar berkenaan juga dikatakan menjadi punca cermin rumah seorang penduduk di situ rosak dan pecah baru-baru ini.

Tinjauan Utusan Malaysia baru-baru ini mendapati hampir keseluruhan pokok hiasan di laluan masuk ke Felda berkenaan telah dipatahkan.

Sehingga kini, gajah berkenaan dikatakan masih lagi berada di kawasan tersebut dan berkeliaran sekitar ladang sawit.

Menurut Ketua Kampung Umas Umas, General Linjal, kewujudan gajah di Felda berkenaan menimbulkan keresahan kepada warga peneroka.

Katanya, gajah berkenaan bukan sahaja merosakkan harta benda dan tanaman malah mampu mengancam nyawa penduduk.

"Malam tadi ia sudah masuk ke kawasan kampung dan berada di padang awam Umas Umas yang mewujudkan keadaan berbahaya kepada orang awam khususnya kanak-kanak.

"Jadi saya berharap pihak berkenaan dapat segera menangani masalah ini kerana gajah yang tersesat itu telah pun merosakkan banyak tanaman.

"Tindakan segera amat perlu bagi mengembalikan ketenangan Felda ini dan mengelakkan perkara lebih buruk berlaku," katanya.

Seorang peneroka, Madri Jamin, 34, berkata, kewujudan gajah di kawasan itu telah mengganggu ketenteraman penduduk.

Katanya, pada masa ini penduduk tidak berasa bebas untuk berjalan terutamanya pada waktu malam kerana takut diserang gajah.

"Ia mengingatkan kembali kepada satu kejadian serangan gajah di rumah kongsi kira-kira setahun lalu yang memusnahkan rumah itu.

"Jadi ia membuatkan kami berasa takut sekiranya gajah berkenaan melakukan tindakan yang sama ke atas rumah kami dan menyerang warga peneroka," katanya.

Beliau berkata, ekoran itu juga dia dan penduduk lain kini mengehadkan keluar pada waktu malam dan membatalkan pelbagai aktiviti yang dirancang.

Bagi Amrullah Sudin, 52, kewujudan gajah di kawasan itu harus diberi perhatian serius semua pihak kerana ia boleh menyebabkan kerosakan dan tragedi.

Beliau yang merupakan penternak berjaya di Felda berkenaan berkata, kewujudan haiwan berkenaan turut mengancam lebih 700 lembu dan kerbau peliharaannya yang dilepaskan di ladang kelapa sawit.

"Pada masa ini pun telah banyak kemusnahan dilakukan termasuk banyak pokok pinang dan kelapa sawit yang baru ditanam dimusnahkan.

"Meskipun pada masa ini gajah itu belum mengganggu lembu dan kerbau saya tetapi saya risau sekiranya ia tersesat ke sana.

"Ia bukan sahaja menyebabkan kerugian malah turut membahayakan nyawa pekerja saya yang berada di sana," katanya.

Sementara itu Pengurus Felda Umas Satu, Markam Loso berkata, setakat ini jumlah kerugian akibat serangan gajah berkenaan telah melebihi RM15,000.

Katanya, kerosakan ini termasuklah kemusnahan pokok hiasan landskap dan juga kemusnahan pokok kelapa sawit.

"Pada masa ini kita mengenal pasti dua ekor gajah yang mana salah seekor setinggi kira-kira 2.5 meter yang telah memusnahkan banyak tanaman.

"Kita telah menghantar surat kepada pihak Perhilitan untuk membantu memindahkan gajah itu tetapi sehingga kini masih belum ada tindakan," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.