saya nak baca ..

KELUARGA


ARKIB : 25/08/2010

Kes keganasan menggerunkan


Golongan wanita sering menjadi mangsa keganasan rumah tangga. - gambar hiasan.


BAGAI tiada kesudahan apabila saban hari masyarakat disajikan dengan cerita-cerita keganasan rumah tangga yang berlaku terhadap wanita.

Ia umpama wabak yang berjangkit dalam masyarakat tanpa ada sempadan negara, bangsa, warna kulit, status mahupun agama.

Menurut Peguambela dan Peguamcara Tengku Naufal & Co., Dr. Tengku Naufal Tengku Mansor, statistik kes keganasan rumah tangga terhadap wanita secara puratanya meningkat dari setahun ke setahun.

Tambah beliau, apa yang menggerunkan, keganasan terhadap wanita turut membabitkan anak-anak di bawah umur (remaja).

''Apabila kita bercakap mengenai keganasan terhadap wanita, isu rogol dan sumbang mahram merupakan salah satu cabangnya.

''Apa yang paling menyedihkan apabila ia melibatkan remaja bawah umur (16 tahun ke bawah) di mana jika dilihat dari segi undang-undang, mereka ini tidak boleh terlibat dalam sebarang bentuk perhubungan seks.

''Jika ini berlaku, lelaki itu dianggap perogol,'' ujarnya ketika ditemui di ibu pejabat Avon, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

Tambah beliau, di Malaysia, kes keganasan rumah tangga yang berlaku dianggap sangat serius dan menggerunkan.

Ini kerana, jika dikaitkan dengan isu-isu keganasan rumah tangga, natijah daripada perkara itu berlakulah kes pembuangan bayi, pengasingan sosial (diri rasa teraniaya dan dizalimi seterusnya mangsa akan mengambil langkah mengasingkan diri atau diasingkan daripada keluarga) dan juga isu-isu sampingan.

Apabila bercerita mengenai undang-undang pula, beliau yang juga merupakan peguam syarie menjelaskan, dari segi perundangan di Malaysia ia mencukupi untuk mengawal gejala itu. Tetapi yang menjadi permasalahan serta isu ialah dari segi perlaksanaan.

''Pada pendapat saya, apa yang berlaku hari ini, berbalik kepada kesedaran dan walau ada pun undang-undang, tetapi tiada kesedaran, tiada ertinya juga.

''Undang-undang hanyalah satu garis panduan dan dasar dalam masyarakat yang membolehkan kita hidup dalam keadaan stabil tetapi kestabilan itu tidak boleh dikaitkan semata-mata dengan kewujudan undang-undang kerana kewujudan undang-undang itu bukanlah penyelesaian mutlak kepada permasalahan ini.

''Apa yang penting di sini ialah kesedaran dalam diri masing-masing,'' ulasnya.

Jika dilihat kembali maksud keganasan, ia merupakan perbuatan atau pengabaian terhadap seseorang yang mengakibatkan penderitaan fizikal dan mental.

Kepada wanita, undang-undang telah sedia digubal untuk melindungi mereka daripada semua perbuatan jenayah seperti contoh, Kanun Keseksaan, Akta Keganasan Rumah tangga 1994, Kod Amalan Bagi Pencegahan dan Pembasmian Gangguan Seksual di Tempat Kerja 1999 dan Akta Kanak-Kanak 2001.

Lebih 90 peratus kes-kes keganasan rumah tangga dilakukan oleh lelaki (suami) terhadap isteri, manakala hanya lima peratus kes wanita mengkasari lelaki.

''Bukan hendak mengetepikan kewujudan kes-kes yang sebaliknya tetapi itulah hakikatnya. Disebabkan itu, tumpuannya lebih kepada wanita dan ini dilihat sebagai masalah suami atau lelaki yang tidak bertanggungjawab terhadap isteri.

''Sebenarnya, hal rumah tangga bukanlah 100 peratus milik individu tersebut malah perlu diingatkan bahawa wanita bukanlah golongan kelas kedua malah mereka mempunyai peranan yang besar dalam membentuk agama, bangsa dan negara,'' katanya mengakhiri perbualan.

Sementara itu, menurut Presiden Avon Malaysia, Mansoor Wan Abdullah, syarikat kosmetik itu sentiasa berkerjasama bagi menjalin satu hubungan pintar yang mampu memberi kesedaran kepada masyarakat terutamanya wanita dalam usaha membanteras keganasan .

''Selama ini, Avon telah mengadakan pelbagai program dan aktiviti dalam usaha memperkasakan wanita. Kami telah mulakannya dengan program Keganasan Rumah Tangga pada tahun 2008 melalui risalah-risalah produk Avon dan kami turut menyokong Jabatan Pembangunan Wanita untuk setiap siri keganasan rumah tangga yang mereka adakan,'' katanya.

Menyedari akan hakikat tersebut, Avon menjalinkan kerjasama pintar dengan Utusan Malaysia melalui peraduan Gerbang Cinta dalam usaha memberi kesedaran kepada masyarakat setempat.

Untuk itu, sebanyak 12 artikel Tengku Naufal akan dikeluarkan di dalam Utusan Malaysia melalui sisipan Mega yang berkisar tentang keganasan rumah tangga.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:14
Asar 4:37
Maghrib 7:10
Isyak 8:25



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.