saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 27/08/2010

Hudud perlu sokongan Dewan

KOTA BHARU 26 Ogos – Pas tidak akan dapat melaksanakan hukum hudud berdasarkan realiti politik hari ini dan perjanjian antara parti pakatan pembangkang yang berpegang teguh kepada Perlembagaan negara.

Penyelaras Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim (gambar) berkata, untuk melaksanakan hukum hudud, Pas perlu mendapatkan kerusi paling banyak di Parlimen dan ia juga perlu mendapat sokongan daripada ahli Parlimen yang lain.

Beliau berkata, realiti politik hari ini jelas menunjukkan parti itu tidak akan mendapat kerusi yang banyak di Dewan Rakyat kerana mereka hanya boleh bertanding di beberapa kawasan sahaja.

“Saya cuma nak jelaskan dasar bersama yang kita tandatangan pada Disember 2009, ketiga-tiga (parti pakatan pembangkang) telah iktiraf Perlembagaan sebagai undang-undang pokok dan di atas landasan itu kita setuju segala undang-undang yang kita buat mesti ikut Perlembagaan negara.

“Dari segi praktikal saya tidak nampak undang-undang hudud boleh dilaksanakan oleh sebuah parti sahaja, ia perlukan sokongan besar dalam Dewan.

“Pas tidak boleh dapat banyak kerusi dalam Parlimen, hanya berapa kerusi sahaja yang Pas boleh bertanding, saya tengok berdasarkan profil politik sekarang,” katanya selepas Majlis Sumbangan Hari Raya Yayasan Orang Kurang Upaya Kelantan (YOKUK) di sini, hari ini.

Beliau mengulas mengenai pertelingkahan antara Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Pengerusi DAP, Karpal Singh berhubung pelaksanaan hukum hudud di negara ini sekiranya pakatan pembangkang berjaya memerintah negara ini.

Pada tahun 2002, Zaid telah mengemukakan permohonan di Mahkamah Persekutuan untuk mendapatkan deklarasi bahawa Dewan Undangan Negeri Terengganu dan Kelantan tidak mempunyai peruntukan bagi meluluskan undang-undang jenayah seperti Rang Undang-Undang Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas).

Ini kerana, menurut peguam itu kuasa tersebut terletak pada Parlimen atau Kerajaan Pusat mengikut Perlembagaan Persekutuan.

Zaid yang juga Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Wilayah Persekutuan berkata, sewajarnya pemimpin pakatan pembangkang tidak membincangkan mengenai perkara tersebut dan memberikan tumpuan sepenuhnya kepada pilihan raya umum akan datang untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Saya percaya kita bercakap mengenai teori, kita (pakatan pembangkang) kerusi pun baru ada berapa sahaja, kita kena tubuhkan kerajaan dulu baru tengok siapa yang menang dan apa dasar mereka nak.

“Maksud saya semua orang ada mimpi, semua parti ada aspirasi sendiri, aspirasi tak salah tetapi yang penting pada rakyat aspirasi mesti berlandaskan sokongan besar rakyat Malaysia, tengok keputusan pilihan raya baru ini, siapa yang menang, kerusi apa dan berapa kerusi Sabah, Kadazan, Melayu atau Cina.

“Awak perlu menang dua pertiga dulu, kemudian baru kita boleh bercakap, kalau tidak ia hanya teori politik,” katanya.

Bagaimanapun beliau menegaskan, Nik Aziz tidak salah untuk menyatakan pendiriannya mengenai pelaksanaan hukum hudud kerana setiap parti mempunyai aspirasi tersendiri.

“Tok guru ada mimpi, saya pun ada mimpi contohnya impian saya ingin terbang ke bulan, tidak salah beliau bercakap, saya boleh lakukan atau tidak bergantung kepada keadaan,” katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:02
Asar 4:24
Maghrib 6:59
Isyak 8:12



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.