saya nak baca ..

SABAH & SARAWAK


ARKIB : 27/08/2010

Kompleks Segama terus jadi pilihan


Alan Beeya (kanan) yang juga pemilik kedai BB Tailor, membantu pekerja yang sibuk menyiapkan pakaian di kedainya di Kompleks Segama, Kota Kinabalu.


KOTA KINABALU 26 Ogos - Kewujudan banyak kedai jahitan baru di ibu negeri ini tidak mengurangkan minat orang ramai untuk terus singgah ke Kompleks Segama bagi menempah pakaian masing-masing.

Tinjauan Utusan Malaysia baru-baru ini mendapati pelanggan berpendapat kualiti jahitan serta harga yang berpatutan menjadi faktor utama mereka memilih kedai-kedai jahitan di kompleks tersebut.

Seorang pekerja swasta, Joana Sikampong, 40, berkata, harga yang dikenakan bukan sahaja murah tetapi kekemasan setiap jahitan menyebabkan dia gemar menghantar tempahan baju kurung di situ.

''Ketepatan masa tukang jahit menyiapkan tempahan merupakan satu lagi faktor yang boleh dipuji dan semua ini menyebabkan saya tidak lari ke tempat lain," katanya yang menempah dua pasang baju kurung untuk Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Menurutnya, dia enggan menghantar tempahan ke tempat lain kerana bimbang kualiti jahitannya tidak sebaik kedai jahit di Kompleks Segama.

Seorang lagi pelanggan, Sienna Jumin, 26, menjelaskan, selain harga serta jahitan yang kemas, layanan yang mesra juga menjadi faktor orang ramai memilih kedai jahit di kompleks tersebut.

Menurutnya, kekemasan jahitan sama ada baju Melayu atau baju kurung wanita memang berbeza daripada kedai jahit yang lain.

''Ini yang membuatkan saya dan rakan-rakan sering menghantar kain untuk dijahit di Kompleks Segama lebih-lebih lagi menjelang Aidilfitri atau menyiapkan baju bagi menghadiri acara-acara tertentu," ujarnya.

Seorang peniaga makanan, Linda Alimudin, 25, berkata, untuk mencari kedai jahit yang bagus di ibu negeri ini tidak mudah, berbanding di kampung.

''Oleh itu, saya memilih untuk menjahit baju raya di Kompleks Segama berbanding tempat lain di bandar raya Kota Kinabalu. Lagipun di kompleks ini, harganya lebih murah," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zohor 1:15
Asar 4:38
Maghrib 7:11
Isyak 8:26



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.