TIMUR
ARKIB : 27/08/2010
Rogayah Tokoh Wanita Terengganu
![]() |
Rogayah Sulong bergambar bersama sijil penghargaan selepas dinobatkan sebagai Tokoh Wanita Terengganu 2010 di Seri Iman, semalam. |
KUALA TERENGGANU 26 Ogos - Datuk Rogayah Sulong, 67, yang pernah muncul sebagai johan qariah tilawah al-Quran peringkat kebangsaan dan antarabangsa menerima penghormatan sebagai Tokoh Wanita Terengganu 2010.
Pemilihan Rogayah bukan sahaja kerana beliau mengharumkan nama negeri tetapi juga usahanya mendekatkan ayat-ayat suci kepada masyarakat dan berkongsi ilmu membaca dengan tajwid betul serta berlagu.
Pada majlis sambutan Hari Wanita peringkat negeri di Seri Iman di sini, petang semalam, beliau menerima wang tunai RM3,000 dan sijil yang disampaikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said.
Ketika ditemui, Rogayah tidak menyangka beliau akan diberi pengiktirafan yang tinggi seperti itu.
''Saya mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri dan wanita di negeri ini kerana mencalonkan saya,'' katanya yang kini menetap di Banggol Tuan Muda, Marang.
Beliau yang masih aktif mengajar al-Quran amat berbangga dengan pencapaian golongan wanita di negeri ini kerana ramai yang berjaya dalam kerjaya sama ada dalam sektor kerajaan negeri atau swasta.
Turut hadir pada majlis itu ialah isteri Menteri Besar, Toh Puan Seri Norliza Mahmud; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mazlan Ngah dan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Masyarakat dan Wanita Negeri, Yahya Khatib.
Kira-kira 1,500 pemimpin wanita daripada pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyertai program sambutan itu dan diikuti dengan Majlis Berbuka Puasa Bersama Menteri Besar.
Terdahulu ketika mengadakan lintas langsung bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sempena sambutan Hari Wanita peringkat kebangsaan semalam, Ahmad berkata, pada masa ini, wanita di negeri ini menguasai 70 peratus penglibatan dalam industri kecil dan sederhana.
Menteri Besar berkata, penubuhan dua buah agensi kerajaan negeri seperti Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) dan Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK) banyak membantu mereka terutama ibu tunggal untuk meningkatkan ekonomi keluarga.
Katanya, sebagai contoh YPK telah membelanjakan kira-kira RM1.56 juta untuk membantu kira-kira 401 ibu tunggal terlibat dengan pelbagai aktiviti industri kecil dan sederhana.
Menteri Besar berkata, kerajaan negeri menyasarkan masalah golongan miskin dan miskin tegar di negeri itu dapat di atasi menjelang tahun 2012.
''Pada masa ini terdapat kira-kira 5,709 rakyat di negeri ini dikategorikan sebagai golongan termiskin dan miskin tegar,'' katanya ketika ditanya oleh Perdana Menteri mengenai kedudukan kaum wanita di Terengganu dan program untuk membasmi kemiskinan.
Keluarga terharu keprihatinan Tabung Haji
Empower Besut bimbing wanita Pulau Perhentian
Luar bandar dapat perhatian
Nelayan buktikan semangat di laut
Pulau Ranggut bakal dimaju
Penduduk lega KADA baiki jambatan
RM1.7 juta baiki, naik taraf sekolah
Ladang solar bekal elektrik 2,500 penduduk
Terap budaya inovasi - Adnan
Santuari ikan di setiap daerah
5,894 notis cermin gelap, nombor plat pendaftaran
32,777 calon duduki ujian bertulis PT3 di Kelantan
Expoconvo 2014 berjaya capai matlamat
10 graduan sertai Felo Perdana
Penulis, penyair zahir gelojak perasaan menerusi puisi
Kesedar rancang pembangunan tertumpu
Penderma organ Melayu masih sedikit
Muip agih zakat RM67 juta di Pahang
Gerai tidak dibiarkan dibuka sesuka hati
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||












