saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 29/08/2010

Apabila susu dibalas tuba

"TAHNIAH" diucapkan di atas sikap berlembut kerajaan memaafkan seorang pelajar yang biadab menghasilkan video Negarakuku tiga tahun lalu. Video Negarakuku bukan saja memuatkan lagu Negaraku dalam rentak rap malah menyelitkan cercaan dan maki hamun kepada kerajaan.

Walaupun banyak pihak kecuali MCA meminta kerajaan mengambil tindakan yang tegas kerana perbuatan itu seolah-olah memijak kedaulatan negara, tetapi akhirnya pelajar yang menuntut di Taiwan itu pulang dengan gembira tanpa sebarang tindakan.

Wee Meng Chee atau Namewee melakukan perbuatan itu ketika menuntut dalam jurusan komunikasi massa di Universiti Ming Chuan, Taiwan dan menyiarkan footage video yang menyentuh sensitiviti agama Islam itu dalam YouTube. Seluruh dunia melihat sikap buruk rakyat Malaysia terhadap negaranya. Kerana kita terlalu baik hati dan mahu "mengambil hati" kesalahan sebesar itu kita padamkan hanya sepatah kata "maaf" daripada pelajar berkenaan.

Walaupun tiga tahun berlalu tetapi orang Melayu dan umat Islam masih terasa pedihnya. Kerana toleran yang melampaui kerajaan, Namewee sekali lagi buat hal apabila menyiarkan video terbaru di YouTube memuatkan kenyataan berbaur perkauman, mencerca seorang guru besar yang dituduh perkauman seterusnya Kementerian Pelajaran.

Semalam, Ketua Puteri UMNO Datuk Rosnah Abdul Rashin Shirlin mendesak tindakan tegas dikenakan ke atas Namewee kerana mengulangi perbuatan yang dianggap sangat biadab serta boleh mencetuskan sengketa kaum.

Nah, diberi susu, dibalasnya tuba. Adakah kita semua terpaksa menghirup "tuba" sekali lagi kerana mahu "menjaga hati" pihak tertentu? Kita sedang menunggu tindakan yang tegas seperti yang dikenakan ke atas bekas pelajar Aswara yang memberi komen dalam facebook berbaur ugutan mengenai kes membakar gereja tidak lama dulu. Pelajar itu ditangkap dan didakwa. Baguslah tegas begitu.

Kerajaan juga mengambil tindakan tegas kepada sekumpulan remaja Melayu yang membakar bendera Jalur Gemilang di Batu Buruk Terengganu tahun 2008. Itu pun bagus juga. Mempersenda dan menghina negara besar kesalahannya tidak kira Melayu, Cina atau sesiapa. Tetapi gelagat sekumpulan remaja Melayu itu hanya diketahui oleh sekitar kawasan Batu Buruk saja. Mereka tidak menyiarkan peristiwa membakar Jalur Gemilang di YouTube untuk memberitahu seluruh dunia.

Kerana itu Namewee sangat bernasib baik apabila perbuatannya yang mencemarkan nama negara di seluruh dunia boleh pulang ke tanah air dengan senyum gembira. Sekalipun kesalahannya lebih besar daripada bekas pelajar Melayu Aswara dan sekumpulan remaja Melayu di Batu Buruk, dia terlepas daripada sebarang tindakan. Malah pernah memohon bantuan kewangan daripada Finas untuk menerbitkan filem. Bagaimanapun status permohonan itu belum diputuskan lagi setakat ini.

Sensitiviti

Apabila Namewee mengulangi kecenderungan mengecam negara dan menyentuh sensitiviti perkauman, tindakan yang tegas mesti diambil sebelum orang luar melihat "pihak berkuasa" kita sebagai tidak berkuasa. Siasatan mesti dijalankan dan kali ini tolong jangan ada penglibatan parti politik seperti kesnya yang lalu.

Sebenarnya pihak yang banyak memainkan peranan hingga Namewee boleh senyum gembira pulang ke tanah air selepas mencaci negara adalah MCA. Inilah akibatnya kalau isu-isu yang melibatkan hal-hal yang mencemar kenegaraan diselesaikan menerusi penglibatan politik bukan undang-undang.

Kali ini apa pula agaknya yang akan dilakukan oleh MCA? Kalau dulu Chua Soi Lek yang ketika itu Menteri Kesihatan menganggap Namewee sebagai "budak jahil" yang tidak mempunyai niat mempersendakan lagu Negaraku dan menyentuh sensitiviti umat Islam dan orang Melayu. Kali ini apa pula komen MCA? Parti DAP pun kelihatan sangat bersimpati dengan Namewee ketika perbahasan di Parlimen ketika isu itu hangat diperkatakan.

Tetapi ironinya "budak-budak Batu Buruk" yang dikenakan tindakan tidak ada pula campur tangan parti-parti Melayu seperti UMNO atau Pas. Sebenarnya parti hanya menguruskan hal-hal politik saja, apabila tiba soal yang mencemarkan negara, semua parti mesti melupakan soal kaum masing-masing. Semua kaum dan semua parti di bawah satu bendera dan menghuni tanah air yang sama.

Selepas menghasilkan video Negarakuku, Namewee menghasilkan CD yang antaranya memuatkan lagu Negarakuku dan Kawanku dalam bahasa Mandarin. Lagu Kawanku antara antara liriknya akan menyinggung perasaan orang Melayu.

Dalam kerapuhan hubungan kaum di negara ini, anasir-anasir yang boleh menyumbang kepada ketegangan perlu dibanteras tanpa mengira kaum. Dalam kes terbaru ini ternyata menyalahgunakan kemudahan teknologi apabila mencerca individu dan negara sendiri di Internet. Namewee boleh mengkritik dan orang Melayu sangat terbuka kepada kritikan. Tetapi Namewee juga kena membezakan antara kritikan dengan cercaan yang boleh mengguris hati orang Melayu.

Sebenarnya Namewee bebas untuk mempunyai pendirian apa saja tentang insiden guru besar Melayu yang dituduh perkauman di sebuah sekolah di Johor. Dia boleh mengkritik sekalipun guru besar berkenaan sudah menjelaskan ada berlaku salah faham yang kemudian dijadikan modal politik parti tentu.

Seperti kata Rosnah, perbuatan Namewee kali ini biadab maka pihak yang merasa masih "ada kuasa" perlu menjalankan siasatan dan mengambil tindakan tegas sekiranya didapati benar. Kalau sudah tidak punyai kuasa, sama-samalah kita menyokong kerja "bakti" Namewee ini dan tidak usahlah berulang kali memberi "amaran keras". Kena lakukan jangan cakap saja.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zuhur 1:20
Asar 4:34
Maghrib 7:25
Isyak 8:36



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.