saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 30/08/2010

Isu perkauman: Pihak berkuasa perlu ambil tindakan tegas

30/08/2010 9:17pm

PUTRAJAYA 30 Ogos Pihak berkuasa harus mengambil tindakan tegas terhadap sebarang perbuatan yang boleh mencetuskan sentimen perkauman agar ia tidak menimbulkan natijah yang buruk, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Tindakan seumpama itu, tegasnya, harus dilaksanakan secara berterusan walaupun mungkin ia sudah diambil sebelum ini.

"Kita tidak mahu rakyat berasa tidak selamat.. jika perbuatan ini dibiarkan berleluasa, maka ia akan mencetuskan ketidakseimbangan dalam masyarakat, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Sumber Air Negara (MSAN) Kelima di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas video klip terbaru yang menyentuh isu perkauman oleh Namewee atau nama sebenarnya Wee Meng Chee.

Namewee yang berasal dari Muar, Johor, sebelum ini pernah menimbulkan kemarahan orang ramai apabila menghasilkan video klip yang menghina lagu kebangsaan, Negaraku.

Menurut Muhyiddin, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak juga telah menyatakan bahawa isu seumpama ini akan diberi perhatian serius.

"Pihak berkuasa telah diarahkan supaya mengambil tindakan yang serius dalam soal seperti ini, termasuk perbuatan yang mencemarkan bendera dan yang boleh mencetuskan perasaan bimbang di kalangan rakyat, katanya. Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.