saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 31/08/2010

Norman, Memey bertunang hari keempat Aidilfitri

KUALA LUMPUR 30 Ogos - Setelah sekian lama berteka-teki, akhirnya aktres Memey Suhaiza, 22, membuat kenyataan yang dia akan mengikat tali pertunangan dengan bekas suami pelakon popular, Abby Abadi iaitu Norman Hakim pada hari raya keempat ini.

Menurut Memey, rombongan keluarga kekasihnya, Norman, akan tiba di rumah keluarganya di Kota Tinggi, Johor pada 13 September ini.

"Norman menyuarakan hasratnya untuk mengikat tali pertunangan pada hari tersebut beberapa hari yang lalu dan keluarga kami bersetuju dengan cadangan itu.

"Rombongan Norman akan datang merisik lalu terus bertunang pada hari yang sama dan kami merancang untuk bernikah pada awal tahun depan," ujar Memey ketika ditemui di Majlis Berbuka Puasa Skop Productions di Finas di sini, hari ini.

Ujar Memey, dia kini sedang merancang majlis pertunangannya namun hanya berkesempatan untuk menguruskannya dua hari sebelum raya kerana sibuk dengan penggambaran telefilem Osman Berani untuk Astro Ria.

Menurut Memey, dia berasa berdebar untuk bergelar tunangan orang dan dalam masa yang sama berdoa semuanya berjalan dengan lancar.

Sebelum ini, Memey dan Norman atau nama sebenarnya Mohamed Norhakim Zaidon, 34, dibicarakan atas tuduhan berada bersama dalam keadaan yang menimbulkan syak di pejabat milik Norman di Taman Ukay Perdana, Ampang.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zuhur 1:19
Asar 4:34
Maghrib 7:25
Isyak 8:36



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.