saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 02/09/2010

Jumlah pengundi kini 11.3 juta

PUTRAJAYA 1 Sept. - Sebanyak 164,821 permohonan pemilih baru dicatatkan dalam Daftar Pemilih Tambahan (DPT) suku tahun kedua bagi tempoh 1 April hingga 30 Jun tahun ini.

Peningkatan itu berbanding 134,198 permohonan bagi suku pertama (Januari hingga Jun 2010).

Pengerusi Jawatankuasa Panel Pendaftaran dan Penyediaan Daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Zainal Abidin Mat Said berkata, jumlah permohonan pemilih baru itu menjadikan jumlah keseluruhan pemilih berdaftar sehingga tempoh itu adalah sebanyak 11,381,193 pemilih di seluruh negara.

Kata beliau, ia merupakan peningkatan mendadak daripada tahun lalu dengan mencatatkan purata 85,000 pemilih pada setiap suku.

''DPT suku tahun kedua tahun ini mengandungi 191,970 pemilih iaitu turut mengambil kira permohonan pertukaran alamat pusat mengundi seramai 27,149 permohonan selain permohonan pemilih baru.

''Pada masa sama, SPR telah mengeluarkan sebanyak 58,303 pemilih daripada rekod pemilih berdaftar atas sebab-sebab seperti meninggal dunia dan dilucut hak warganegara," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Zainal Abidin berkata, jumlah pemilih yang layak tetapi masih belum berdaftar juga menurun kepada 4.2 juta berbanding 4.3 juta sebelum ini.

Sehubungan itu, kata beliau, SPR akan mengambil tindakan sewajarnya bagi mencapai sasaran untuk mengurangkan kadar ini sekurang-kurangnya 50 peratus.

Dalam pada itu, kata beliau, DAP mendahului permohonan pendaftaran baru bagi tempoh Januari hingga Jun lalu iaitu seramai 55,321 berbanding UMNO (54,872), Pas (38,618), PKR (13,098), MCA (2,917) dan MIC (1,109).

''Sepanjang tempoh pameran bermula 20 hingga 26 Julai lalu, SPR menerima 1,808 tuntutan melibatkan 48 bahagian Pilihan Raya Parlimen termasuk 495 bantahan daripada bahagian Pilihan Raya Parlimen P.27 Tanah Merah, Kelantan dan 20 bantahan daripada Parlimen P.38 Hulu Terengganu.

''Bagaimanapun bantahan di P.27 Tanah Merah belum dapat diselesaikan menyebabkan 1,004 permohonan baru dan 67 pendaftaran pertukaran alamat pusat mengundi bahagian itu tidak dapat disahkan dan ditangguhkan sehingga bantahan diselesaikan," katanya.

Dalam pada itu, Zainal Abidin berkata, pemilih-pemilih berdaftar dinasihatkan supaya membuat semakan maklumat pendaftaran pemilih mereka sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri Sarawak ke-10 dan Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang.

''Ini bagi memastikan pemilih didaftarkan di lokaliti yang betul bagi mengelak tohmahan atau dakwaan bahawa SPR memindahkan pemilih atau menukar lokaliti seseorang tanpa dipohon," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:45
Zohor 1:13
Asar 4:31
Maghrib 7:20
Isyak 8:31



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.