saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 03/09/2010

Panel khas cadang penambahbaikan IGSO dari negara maju

03/09/2010 4:42pm

PUTRAJAYA 3 Sept. – Panel khas yang ditubuhkan untuk memantau siasatan kematian Aminulrasyid Amzah, mencadangkan penambahbaikan terhadap Perintah Tetap Ketua Polis Negara (IGSO) dengan memasukkan beberapa pendekatan yang diguna pakai di negara-negara maju.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Abu Seman Yusop berkata, cadangan IGSO yang dianggap “sebahagian besarnya” itu, akan dikemukakan kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein untuk diteliti, pada akhir bulan ini.

"Cadangan IGSO baru ini setelah kita bandingkan dengan Perintah Tetap yang digunakan oleh anggota-anggota penguat kuasa di negara-negara maju seperti di Kanada, Amerika Syarikat dan United Kingdom.

"Daripada konsep-konsep yang mereka gunakan itu, maka kita buat Perintah Tetap yang sesuai dengan keadaan kita,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat akhir panel khas berkenaan di pejabatnya di sini hari ini.

Pada 25 April lepas, Aminulrasyid mati setelah terkena tembakan yang dilepaskan oleh polis di Seksyen 11 Shah Alam ketika cuba melarikan diri selepas kenderaan dipandunya terserempak dengan kereta peronda polis. – Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.