saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 06/09/2010

Sejenak bersama Ramadan... Utusan... Syawal

Selamat jalan RamadanRAMADAN menghampiri penghujungnya. Sudah 27 hari kita berpuasa. Hanya tinggal beberapa hari lagi umat Islam akan meninggalkan bulan yang penuh keberkatan ini. Semoga baki beberapa hari lagi dapat dimanfaatkan supaya puasa sebulan pada Ramadan ini disempurnakan.

Justeru sama-samalah kita berdoa supaya dapat menyelesaikan ibadah puasa ini dengan baik. Namun di sebalik Ramadan yang akan melabuhkan tirainya, masih kedengaran orang bercakap mengenai solat tarawih, tazkirah, imam dan sebagainya. Seperti yang diselak pada ruangan ini menjelang Ramadan lalu, penulis sudah menjangka isu-isu ini akan timbul setiap kali Ramadan.

Isu seperti jumlah rakaat tarawih, tazkirah, bacaan imam dan sebagainya terus jadi bahan bualan. Mungkin tahun akan datang, isu yang sama dibangkitkan lagi.

Seperti yang ditekankan penulis sebelum ini, tarawih hanya datang sekali dalam setahun. Ia tidak ada pada bulan-bulan lain. Maka manfaatkan solat tarawih sepenuhnya.

Manakala tazkirah boleh datang pada bila-bila masa, tidak kira bulan tetapi mengikut budi bicara atau kehendak jawatankuasa surau dan masjid. Selepas Ramadan ini aturlah tazkirah pada bila-bila masa.

Tetapi jangan pula mengundang orang politik memberi tazkirah kerana yang hadir di dalam masjid atau surau tidak semuanya orang politik. Jangan jauhkan orang berkecuali atau 'atas pagar' ini daripada masjid/surau hanya kerana tazkirah berunsurkan politik. Diharapkan juga tidak timbul lagi cerita bukan Islam tanpa segan silu diundang memberi ucapan 'sepatah dua kata' di saf hadapan di dalam surau atau masjid.

Kita sedih dengan apa yang berlaku di Kajang baru-baru ini. Kebanyakan orang tidak dapat menerimanya biar apa pun alasan atau dalil yang diberi mengenai kewajaran wanita bukan Islam berada di ruang solat.

Walaupun ia sekadar 'ceramah' atau 'ucapan' tetapi hakikatnya, budaya kita orang Melayu Islam sudah diketahui umum. Juga seperti diselak minggu lalu, jika Pas mahu lebih moden dan terbuka, silakan tetapi janganlah hal-hal berkaitan agama dijadikan taruhan politik.

Penulis percaya, tidak ramai malahan mungkin langsung tidak ada wanita Islam yang 'berani' menghampiri saf hadapan, di mana imam mengimamkan solat harian atau Jumaat. Penulis percaya isteri imam atau anak gadis imam pun tidak pernah berdiri di situ kecuali ketika mereka terbaring kaku untuk disembahyangkan. Kita masih berpegang bahawa setiap wanita yang di dalam keadaan 'kotor' tidak layak berada di dalam masjid/surau.

Realitinya, wanita sering berada di ruang belakang solat makmum lelaki, ditutup dengan tirai dan hanya dibuka ketika ceramah. Pada majlis akad nikah pun, bukan ruang solat utama digunakan.

Utusan dan pembangkangBARU-BARU ini sempena sambutan Hari Kemerdekaan Ke-53, Ketua Menteri, Pulau Pinang Lim Guan Eng menyampaikan perutusannya. Tidak seperti pemimpin lain, Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP mengheret Utusan Malaysia sebagai salah satu bahan perutusannya. Beliau memberitahu telah banyak kali menjadi mangsa fitnah dan pembohongan Utusan Malaysia dan beberapa pemimpin politik.

Katanya: ''Sahabat-sahabat saya dalam DAP seperti Tony Pua, Teo Nie Ching, Teresa Kok serta para pemimpin Pas dan PKR turut menjadi mangsa pembohongan kumpulan- kumpulan rasis ini''.

Guan Eng tentunya tidak senang dengan laporan Utusan Malaysia yang masih berjuang untuk kepentingan bangsa Melayu mengikut kehendak Perlembagaan. Malangnya rentak akhbar ini diilihat sebagai rasis.

Beliau tentunya kurang senang dengan isu-isu yang dibangkitkan Utusan seperti keputusan kerajaan negeri membatalkan perarakan Maulidur Rasul, gerai Melayu dirobohkan, masalah peniaga di Komtar, Kampung Buah Pala dan Kampung Jalan Pokok Asam, isu pegawai kemajuan negeri dan macam-macam lagi.

Guan Eng bagaikan berkerat rotan berpatah arang dengan Utusan. Sudah lama beliau memboikot Utusan. Atas nama demokrasi, akauntabiliti dan kebebasan akhbar ala DAP, wartawan Utusan dilarang membuat liputan majlisnya terutama di pejabatnya, tingkat 28 Komtar.

Begitulah kehebatan Guan Eng. Dulu semasa era Barisan Nasional (BN) penulis berpeluang juga berada di tingkat yang menempatkan pejabat Ketua Menteri bagi mengikuti majlis melibatkan Dr. Lim Chong Eu, kemudiannya Dr. Koh Tsu Koon.

Begitu juga peluang bertemu barisan exco lain untuk mencari berita seperti Abd. Rahman Abbas, Shariff Omar, Dr. Ibrahim Saad, Dr. Sak Cheng Lum, T. Subbiah, Khor Gark Kim, Ong Hean Tee, Goh Cheng Teik dan sebagainya. Kini suasana itu tidak ada lagi bagi Utusan.

Jika dulu penulis boleh menemui Lim Hock Seng atau Phee Boon Poh di Dewan Undangan Negeri, hari ini belum pasti lagi, apa tah lagi ke Komtar. Penulis masih ingat pernah pada satu ketika dapat sama-sama naik feri berbual dengan Phee Boon Poh dan dua yang lain ketika mereka tidak lagi menjadi wakil rakyat. Kini sudah tentu peluang itu tidak ada lagi kerana mereka kini kembali menjadi wakil rakyat dan bergelar Exco.

Walaupun Guan Eng membenci Utusan tetapi pada masa yang sama Utusan tetap di hatinya. Mungkin ketika beliau meminta 'orang-orangnya' memboikot Utusan, beliau masih menatap Utusan. Bak kata orang benci tapi rindu. Parti Keadilan Rakyat (PKR) juga tidak dapat memisahkan diri daripada Utusan.

Sudah tentu Utusan banyak menabur jasa kepada pemimpinnya sebelum ini. Mungkin disebabkan itulah, anak pemimpin PKR, Nurul Izzah Anwar mengemukakan permohonan mahu menerbitkan akhbar yang dinamakan Utusan Rakyat. PKR masih selesa mengguna Utusan. Dan tentulah ada motif tertentu apabila nama Utusan menjadi pilihan.

Dulu PKR mempunyai Suara Keadilan. Selain pembangkang, pihak luar juga begitu mencemburui Utusan. Ada yang secara sinis menulis mengenai Utusan. Entah kenapa, mereka terlalu resah dengan Utusan.

Salam SyawalAKHIRNYA, mungkin tidak terlalu awal untuk penulis mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh pembaca budiman. Sehari dua ini bermulalah perjalanan warga kota untuk balik kampung.

Pada kesempatan ini penulis suka mengingatkan diri sendiri dan orang ramai supaya berhati-hati ketika memandu. Biar apa juga pengangkutan yang digunakan, pastikan perjalanan kita selamat sampai ke destinasi.

Semoga kita dapat melengkapkan ibadah puasa ini. Walaupun kita balik kampung untuk berhari raya tetapi yang penting, kita mahu menggenapkan sebulan berpuasa. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir batin.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:43
Zohor 1:19
Asar 4:45
Maghrib 7:28
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.