saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 06/09/2010

Setiausaha Politik kepada MB Johor meninggal dunia

06/09/2010 8:20pm

JOHOR BAHRU 6 Sept — Setiausaha Politik Menteri Besar Johor, Dr. Gunawan Mahmood meninggal dunia setelah tidak sedarkan diri di pejabatnya di bangunan Dato’ Jaafar Muhammad, Kota Iskandar kira-kira jam 3 petang hari ini.

Dr. Gunawan, 51, yang menghidap diabetis, mengadu tidak sihat di sebelah pagi dan telah mendapatkan rawatan di sebuah klinik swasta.

Beliau kemudiannya balik ke pejabatnya untuk berehat namun kemudiannya ditemui dalam keadaan terkulai dan sudah tidak bernyawa oleh beberapa kakitangan pejabat Menteri Besar.

Anak saudara allahyarham, Wahyu Budiman Rendra berkata beliau dimaklumkan mengenai kematian bapa saudaranya itu oleh isteri allahyarham.

Jenazah allahyarham dibawa ke Hospital Sultanah Aminah Johor Baharu untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematiannya, katanya kepada Bernama.

Katanya jenazah allahyarham akan dibawa ke rumah bapanya di Felda Ulu Tebrau dan dijangka dikebumikan pagi esok di tanah perkuburan Felda Ulu Tebrau.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Norhayati Maarof dan tiga anak perempuan dan seorang lelaki berusia antara 13 hingga 21 tahun.

Sebelum dilantik sebagai Setiausaha Politik Menteri Besar Johor pada tahun 2008, Dr. Gunawan ialah Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas Penerangan (JASA) Johor.

Allahyarham juga Penasihat Persatuan Penulis Negeri Johor. — Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.