saya nak baca ..

KELUARGA


ARKIB : 07/09/2010

Ucapan raya tak sama dahulu


Nor Azlina Abdul Samad K


BILA musim raya menjelang kad raya diberi tanda ingatan, bila tak diberi tak bermakna dilupakan. Cuma kesibukan menjadi musuh utama dalam menunaikan utusan persahabatan ini.

Penulis sendiri secara peribadi tidak menggemari kad raya digital kerana ia tidak boleh dipegang dan dibelek dengan tangan sendiri.

Bagi Nor Azlina Abdul Samad K, pemilik laman web Lin Handmade Cards, salah satu faktor mengapa fenomena ini berlaku pada masa kini adalah kerana terdapatnya pelbagai teknologi yang semakin lama semakin canggih, selari dengan arus pemodenan di negara kita ini.

Zaman sekarang, orang ramai lebih memilih untuk mencari alternatif yang pantas dan mudah. Tidak dinafikan lagi bahawa khidmat pesanan ringkas (SMS) dan (MMS), E-Card, serta aplikasi ucapan raya yang tersedia pada laman-laman sosial di Internet adalah di antara teknologi yang sedia ada masa kini yang dapat mempermudahkan kerja menghantar ucapan buat yang tersayang pada musim raya. Teknologi ini juga menjimatkan wang terutama bagi golongan muda yang masih belajar.

Namun bagi Nor Azlina, memberi ucapan raya pada yang tersayang lebih bermakna kiranya dibuat dengan menghantar ucapan tersebut menggunakan kad ucapan buatan sendiri ataupun kad yang ditulis dengan tangan sendiri kerana ia nya memberi impak yang lebih pada penerima serta menunjukkan keikhlasan yang tinggi dari pengirimnya.

Kad ucapan buatan sendiri ini tidak begitu mahal kiranya kita tahu caranya pembuatannya yang betul. Oleh itu saya selalu galakkan orang ramai untuk belajar membuat sendiri kad ucapan terutama kad ucapan raya untuk menjimatkan kos membelinya di kedai.

Kiranya kita dapat membuatnya dengan tangan sendiri, bukan sahaja kita dapat membuat rekaan-rekaan yang lain dari yang terdapat di pasaran malahan penerima kad tersebut akan lebih tersentuh hatinya sebab mereka tahu yang kita telah bersusah payah berusaha untuk memberi ucapan itu pada mereka. Kad ucapan itu juga ternyata lebih eksklusif dan secara tidak langsung memberi nilai sentimental.

trend kad buatan sendiri..

Rekaan-rekaan kad raya bagi tahun ni lebih tertumpu kepada teknik quilling. Namun rekaan kad raya dari tahun-tahun sebelumnya masih ada yang meminatinya dan menempahnya dari Lin. Kekadang, ada yang meminati design tapi pilihan warna ditukar mengikut warna kegemaran masing-masing.

Quilling atau paper filigree merupakan satu teknik seni kraft yang telah lama wujud sejak zaman Renaissance lagi di negara-negara Eropah. Ketika itu teknik ini yang hanya diminati dan dipraktikkan oleh kaum wanita dari golongan atasan. Kini ianya merupakan satu teknik seni kraft yang sangat popular di merata dunia dan penggiat-penggiat teknik ini tidak mengira umur atau status. Pendek kata, semua orang dari pelbagai bangsa seluruh dunia dapat menikmati teknik ini.

Teknik ini lebih banyak tertumpu kepada penggunaan bahan yang berasaskan kertas. Maksudnya, boleh dikatakan bahawa keseluruhan corak yang dibuat menggunakan teknik ini hanya memerlukan kertas pelbagai warna sebagai bahan untuk mendekorasi kad ucapan tersebut.

Bagi kad raya yang Lin hasilkan menggunakan teknik quilling ini, ianya banyak tertumpu pada motif-motif seperti ketupat dan pelita yang merupakan simbol-simbol hari lebaran yang kerap kali digunakan pada rekaan kad raya. Ianya tidak mengambil masa yang terlalu lama untuk dihasilkan. Lin masih lagi baru lagi dalam penggunaan teknik ini beberapa bulan yang lepas dan masih banyak yang Lin perlu dipelajari tentang teknik ini. Lin banyak berlatih dan melakukan banyak experiment untuk memperelokkan lagi skill teknik quilling ini. Maka Lin banyak menggunakan corak-corak quilling yang mudah tapi banyak bermain dengan warna dan susunan corak untuk mendapatkan rekaan kad yang menarik.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:43
Zohor 1:19
Asar 4:44
Maghrib 7:28
Isyak 8:43



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.