saya nak baca ..

MAHKAMAH


ARKIB : 07/09/2010

Teman lelaki Sudan selalu pukul, tumbuk anak


Ellina Maulad


SHAH ALAM 6 Sept. - ''Anak saya mengadu baba pukul dan tumbuk dia.''

Itu merupakan keterangan seorang ibu muda ketika menceritakan penderitaan yang terpaksa ditanggung anak perempuannya akibat sering dipukul oleh teman lelakinya, warga Sudan.

Bekas setiausaha sebuah syarikat pembinaan, Ellina Maulad Mahather, 25, memberitahu demikian di Mahkamah Tinggi di sini pada perbicaraan hari pertama Mohannad Taha Ismail, 25, yang didakwa dengan sengaja menyebabkan kematian Aaliyah Ayman Hussin Abdullah.

Aaliyah merupakan anak hasil perkahwinan Ellina dengan bekas suaminya, Ayman Hussin Mahmud sebelum bercerai pada 2008.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu antara pukul 7.30 dan 8.30 malam, 12 Oktober tahun lalu di No. 9/D3/9 Palazzo Tower, Kondominium Venice Hill, Batu 9, Cheras, Hulu Langat dekat sini.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mati jika disabitkan kesalahan.

Menurut saksi itu, tertuduh mula memarahi dan memukul Aaliyah yang ketika itu berusia hampir tiga tahun menggunakan penyangkuk baju, pembaris dan tangan, selepas berselisih faham dengan bapanya berhubung masalah kewangan.

''Kadang-kadang saya berjaya menghalang tertuduh daripada pukul anak saya tetapi ada kalanya tidak berjaya dan turut dimarahi apabila cuba menghalang,'' katanya.

Menceritakan kejadian itu, Ellina berkata tertuduh menelefonnya di tempat kerja pada pukul 11.30 pagi dalam keadaan marah menyatakan, Aaliyah telah kencing merata-rata.

''Dia juga ada beritahu akan ajar Aaliyah tetapi saya pujuk tertuduh agar tidak buat apa-apa dan akan membersihkan segala kotoran apabila pulang dari kerja," ujarnya Ellina yang turut mengatakan seminggu sebelum kejadian, anaknya berubah menjadi pendiam dan sering terkencing.

Bagaimanapun lebih kurang pukul 4.30 petang, tertuduh sekali lagi menghubunginya dan memberitahu Aaliyah telah koma.

Mohannad Taha telah menjemputnya di tempat kerja dan sebelum pulang ke rumah, pasangan itu telah singgah di sebuah pasar raya untuk membeli lampin pakai buang dan ubat.

''Tiba di rumah kira-kira pukul 7.30 malam, saya lihat anak sedang terbaring di atas lantai ruang tamu dalam keadaan sukar bernafas. Melihat keadaan itu, saya dan tertuduh menangis hampir 15 ke 20 minit.

''Ketika ini, tertuduh cuba memberikan bantuan pernafasan mulut ke mulut (CPR) tetapi darah telah mulai keluar dari dalam telinga kiri, selepas itu Aaliyah tidak lagi bernafas.

''Tertuduh jadi panik, takut dan tidak mahu melepaskan saya membawa Aaliyah ke hospital kerana bimbang ditangkap polis dan didakwa memukul anak saya. Dia juga kata kehidupan kami akan berakhir sekiranya perkara itu terjadi,'' kata Ellina.

Justeru itu saksi berkata, dia telah memujuk dan mencadangkan supaya tertuduh memberitahu kecederaan Aaliyah akibat perbuatan pembantu rumah.

Mendengar cadangan itu, lelaki tersebut terus membalut Aaliyah dengan kain sebelum mereka bergegas ke hospital.

Disoal oleh Timbalan Pendakwa Raya, Alfred Egim, mengapakah saksi memberikan cadangan tersebut, Ellina berkata, dia keliru antara rasa sayangnya terhadap tertuduh selain disebabkan lelaki itu tidak membenarkan dia keluar membawa anaknya ke hospital.

Perbicaraan yang didengar oleh Hakim Datuk Alim Abdullah bersambung esok.

Menurut laporan akhbar sebelum ini, kanak-kanak malang itu mati akibat didera di samping didakwa turut menjadi mangsa perlakuan seks teman lelaki ibunya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zuhur 1:19
Asar 4:33
Maghrib 7:25
Isyak 8:35



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.