saya nak baca ..

SABAH & SARAWAK


ARKIB : 09/09/2010

Taman Buaya Miri unik, menarik


SEORANG pekerja di Taman Buaya Miri memberi makan buaya di taman berkenaan di Kuala Baram, Miri, Sarawak.


MIRI 8 Sept. - Taman Buaya Miri yang terletak kira-kira 20 minit dari bandar raya sememangnya menjadi tumpuan pelancong pada hujung minggu dan ia juga mempunyai keunikannya tersendiri.

Taman seluas 9.6 hektar berkenaan yang mempunyai lebih 3,000 buaya pelbagai spesies turut menjadi tempat pelancong mengenali pelbagai spesies haiwan lain.

Selain menjadi taman buaya pertama dan terbesar di wilayah utara Sarawak, ia juga menempatkan pelbagai spesies hidupan lain seperti ular sawa, spesies burung, landak, kijang, kuda, kambing, monyet, labi-labi dan binturung.

Ia juga menjadi kawasan pilihan untuk aktiviti rekreasi bagi badan-badan organisasi, sekolah, pusat penyelidikan, pelancong, peminat lumba lasak, memancing selain majlis untuk sambutan hari jadi, perkahwinan dan kebudayaan.

Pekerja di ladang tersebut, Lia Julin, 35, ketika ditemui berkata, taman berkenaan sentiasa mendapat tempat di kalangan pelancong terutamanya setiap kali hujung minggu atau cuti umum.

"Dengan bayaran masuk RM15 seorang, kebanyakan pelancong ke sini adalah dari Singapura, Brunei, Jepun, Amerika Syarikat dan Korea selain pelancong tempatan dari Semenanjung," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, baru-baru ini.

Menurutnya, sejak mula dibuka kepada orang ramai pada 1994, ia hanya menempatkan 100 buaya namun, mula bertambah setiap tahun sehingga mencecah 3,000 ekor pada tahun ini.

"Pertambahan bilangan itu hasil daripada kacukan buaya tempatan dan luar," katanya.

Mengulas lanjut, reptilia berkenaan katanya, boleh bertelur antara 20 hingga 50 biji dan akan menetas antara 86 hingga 90 hari.

Antara spesies buaya yang boleh didapati di taman berkenaan adalah dari jenis buaya katak baya, buaya jejulong, buaya putih dan buaya kontot.

Pemilik ladang itu, Chai Kuen Ming berkata, perniagaan keluarga yang diwarisi itu bukan sahaja menjadi sumber pendapatan tetapi juga menjana pertumbuhan sektor pelancongan di negeri ini.

"Seperti semua sedia maklum, Miri merupakan destinasi pelancongan yang terbaik di rantau ini dan bagi meningkatkan lagi industri tersebut, kami sekeluarga mengambil inisiatif menjalankan perniagaan seperti zoo," katanya.

Kuen Ming memberitahu, kebanyakan pengunjung yang datang pertama kali ke taman itu pastinya akan kembali lagi kerana ingin melakarkan kenangan manis bersama hidupan reptilia tersebut.

"Berdasarkan kepada statistik kedatangan pengunjung, kita mendapati taman ini sentiasa dikunjungi orang ramai pada setiap hujung minggu dan cuti umum terutamanya pada musim cuti sekolah," katanya.

Selain menawarkan bayaran masuk yang sangat berpatutan katanya, taman itu juga sentiasa menjadi sebutan penggemar hidupan liar yang ingin membuat kajian.

"Taman ini sering menjadi lokasi penyelidikan reptilia malahan hidupan liar lain seperti binturung yang kian pupus juga menjadi bahan penyelidikan oleh penggemar hidupan liar," katanya.

Mengulas mengenai makanan untuk buaya itu, Kuen Ming berkata, sebanyak 200 sehingga 300 kilogram daging ayam diberikan setiap hari bagi memastikan reptilia itu sentiasa sihat dan bertenaga.

"Pekerja ladang seramai 18 orang dan mereka bekerja dalam dua syif. Rutin harian mereka termasuklah menyediakan makanan dan membersih kawasan kandang," katanya.

Pengunjung taman itu, Bonnie Nyurang, 25, berkata, ia adalah tempat pelancongan yang unik terdapat di Miri.

Katanya, dilengkapi dengan pelbagai kemudahan serta berdekatan dengan bandar Miri, tidak hairanlah taman itu menjadi lokasi untuk bersantai setiap hujung minggu oleh pengunjung tempatan dan luar.

"Saya sentiasa memperkenalkan Taman Buaya Miri kepada rakan lain yang datang dari Semenanjung dan Sabah kerana lokasinya dekat bandar dan landskapnya yang unik," katanya.

Selain menjadi destinasi pilihan untuk bersantai bersama keluarga dan rakan katanya, orang ramai juga boleh mengenali spesies buaya dengan lebih dekat dan disifatkan penuh misteri.

Bagi yang mahu mencuba kelazatan daging buaya, pihak taman turut menjualnya pada harga agak mahal antara RM35 hingga RM95 sekilogram.

Untuk bahagian ekor buaya misalnya, ia dijual pada harga RM60 sekilogram, badan (RM50kg), tulang (RM20kg), telur (RM12 sebiji), kaki depan (RM35kg) manakala kaki belakang (RM95kg).

Mereka yang berminat untuk mengunjungi Taman Buaya Miri boleh menghubungi talian 085-406179 (ladang) atau 085-650558 (pejabat) atau melayari laman sesawang www.crocodile.net.my.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:43
Zohor 1:04
Asar 4:26
Maghrib 7:01
Isyak 8:14



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.