saya nak baca ..

UTARA


ARKIB : 09/09/2010

Bengkel cat kereta wanita


Wan Mas Diana Mezlan melakukan pembersihan sebuah kereta milik pelanggannya di Pusat GiatMara, Jitra. – UTUSAN/Halim Khalid


JITRA 8 Sept. – Bukan mudah untuk menceburkan diri dalam bidang yang rata-ratanya dimonopoli oleh lelaki, namun cabaran itulah yang menjadikan seorang wanita di sini, gigih berusaha bagi mencapai impiannya.

Bagi Wan Mas Diana Mezlan, 28, dia langsung tidak kekok untuk bergelumang dengan habuk dan cat setiap kali memulakan tugas di bengkel yang disewanya di dalam kawasan GiatMara Prima, Kubang Pasu.

Tidak perlu mekap tebal ataupun berbaju kemas untuk memulakan tugas, Wan Mas Diana selesa memakai t-shirt, seluar dan but bagi memudahkan pergerakan di bengkel mengetuk dan mengecat kereta tersebut.

Ujarnya, walaupun pada awal hasratnya untuk terjun ke dalam bidang berkaitan kereta mendapat tentangan daripada keluarga, namun kegigihannya membuatkan ibu bapanya merestui minatnya itu.

“Sewaktu saya mula-mula buka bengkel ini pun ramai pelanggan seolah-olah tidak yakin dengan kemampuan saya.

“Namun, saya buat yang terbaik dan kenderaan yang dihantar ke sini dicat dengan sebaik mungkin dan dari situlah saya memperoleh kepercayaan pelanggan sedikit demi sedikit,” katanya di sini, baru-baru ini.

Menurutnya, sebelum terlibat dalam bidang mengetuk dan mengecat kenderaan itu, dia terlebih dahulu memperoleh sijil Mekanikal Plastik di Politeknik Sultan Abdul Halim, Jitra.

“Sebaik sahaja tamat pengajian, sukar bagi saya mendapat pekerjaan kerana ramai yang tidak percaya dengan kebolehan wanita untuk menjadi mekanik.

“Selepas itu saya cari kerja sambilan dan meneruskan pelajaran di GiatMara dalam bidang automotif sebelum terjun ke bidang mengecat dalam tahun lepas,” katanya.

Dia memperuntukkan tempoh sekurang-kurangnya dua minggu untuk menyiapkan cat kereta pelanggan.

“Saya cuba untuk menyiapkan secepat mungkin kenderaan para pelanggan kerana tidak mahu mereka menunggu lama.

“Namun, jika keadaan kereta itu teruk dan perlu dibaiki saya perlukan masa tiga bulan untuk menyiapkannya,” ujarnya.

Dia bercadang membuka bengkel mengetuk dan mengecat kenderaan atas tapak sendiri pada tahun depan berbanding sekarang yang terpaksa disewa.

“Saya masih mencari bengkel yang sesuai dan perniagaan ini akan dikongsi bersama rakan.

“Saya mahu membuktikan wanita juga mampu berjaya dalam bidang yang dimonopoli golongan lelaki,” katanya.

Orang ramai yang berminat untuk menghantar kereta untuk dibaiki, boleh menghubungi Wan Mas Diana 016-4924842 atau datang terus ke bengkelnya yang terletak di GiatMara Prima, Kubang Pasu.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:00
Asar 4:19
Maghrib 7:00
Isyak 8:10



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.