KORPORAT
ARKIB : 10/09/2010
1,000 buah kedai jualan Singer dalam tempoh 5 tahun
PETALING JAYA 9 Sept. - Pemegang lesen jualan jenama Singer dari Amerika Syarikat, Singer (Malaysia) Sdn. Bhd. menyasarkan penguasaan syarikatnya meningkat kepada 10 peratus dalam tempoh lima tahun akan datang melalui pengoperasian 1,000 kedai jualan di seluruh negara.
Setakat ini, penguasaan pasaran Singer dalam segmen kelengkapan rumah di Malaysia sekitar lima peratus dengan kira-kira 600 buah kedai jualan.
Pengarah Urusannya, Yeap Dein Wah berkata, Malaysia mempunyai pasaran yang amat luas untuk diteroka dan ia memberi peluang kepada syarikat untuk terus berkembang.
"Kami sedang mengintai kawasan-kawasan pinggir bandar dan pedalaman untuk pembukaan tambahan 400 buah kedai jualan Singer kerana kami mempunyai pasaran khusus setakat ini,'' katanya.
Beliau berkata demikian kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di Ibu Pejabat Singer di sini, baru-baru ini.
Singer merupakan anak syarikat Berjaya Retail Bhd. yang kini berusia 104 tahun dengan 600 buah kedai jualan seluruh negara dan 3,000 ejen jualan.
Ketika ditanya mengenai perolehan syarikat dalam tempoh lapan bulan pertama tahun ini, beliau berkata, syarikat telah memperoleh peningkatan perolehan sebanyak 20 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu.
Bagaimanapun beliau enggan menyatakan jumlah perolehan dalam ringgit.
Mengenai pengiklanan Singer yang didapati semakin berkurangan pada waktu ini di media massa berbanding tahun 1980-an 1990-an, Dein Wah berkata, pihaknya bukan berdiam diri sebaliknya mempunyai strategi tersendiri.
Katanya, pendekatan pengiklanan dari 'mulut ke mulut' melalui kekuatan ejen-ejen jualannya di seluruh negara turut membantu mempromosi jenama Singer.
"Pada usia syarikat yang matang ini, kami turut mempunyai ramai pelanggan setia yang sentiasa memberi sokongan kepada Singer.
"Sehingga kini, Singer mempunyai purata 50 peratus pelanggan ulangan yang membeli barangan jenama Singer setiap tahun dan ia merupakan satu petanda yang baik,'' ujarnya.
Lembah Sari terima kontrak secara tender terbuka
Bank diminta bantu pembeli rumah pertama
Proton mahu kukuh perkhidmatan selepas jualan
UDA dan Tradewinds bangun semula BB Plaza
SME Factors mahu kembang perniagaan ke Sri Lanka
Malindo Air mula penerbangan Ipoh-Jb, Ipoh-Medan
AIA perkenal perkhidmatan Med-Ekspress
Belum berpuas hati - Badlisham
Syarikat bumiputera digalak majukan tanah rizab
Aplikasi pintar PruBSN UmmahLink
TNB tidak pernah iktiraf alat jimat elektrik
Sektor pembinaan guna MyCESMM
Pizza Hut sedia laksana GST
Philips Group mahu bekerjasama dengan kerajaan
Iskandar catat pelaburan RM10b S3
KLIA terima pendaratan pesawat B787 Dreamliner pertama milik Royal Jordanian
Harga baharu Toyota Altis
T'Shoppe Durian Burung contoh perniagaan runcit paling berjaya di Terengganu
31 syarikat disaman tiru rekaan Chuck Taylor
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||












