saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 14/09/2010

Polis cari senjata suspek

KUALA LANGAT 13 Sept. - Batang besi sepanjang 30.5 sentimeter dan mempunyai cangkuk di depannya merupakan salah satu senjata yang dipercayai digunakan dalam pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain.

Berikutan itu polis hari ini giat menjalankan usaha mengesan batang besi tersebut yang dipercayai dibuang ke dalam Sungai Kanchong Laut, di sini.

Perkembangan siasatan itu berdasarkan maklumat daripada seorang suspek yang dibawa ke sungai tersebut pada petang ini dan menunjukkan tempat senjata berkenaan dibuang di situ, berdekatan jeti Kampung Endah.

Berdasarkan maklumat itu, lima penyelam Pasukan Gerakan Marin (PGM) telah menyelam di dasar sungai untuk mencari senjata tersebut bermula pukul 4.30 petang sebelum menamatkan operasi pada pukul 7 malam.

Pasukan tersebut dilihat melakukan kerja-kerja mencari termasuk di kawasan di bawah jambatan serta menebas rimbunan keladi bunting di tebing sungai berkenaan.

Bagaimanapun, difahamkan pasukan penyelam itu masih gagal menemui senjata tersebut.

Dalam perkembangan lain, seorang pegawai polis yang turut berada berhampiran kawasan sungai itu dilihat memegang bungkusan plastik yang di dalamnya terdapat seutas jam tangan, dipercayai barangan milik salah seorang mangsa, tetapi tidak diketahui lokasi ia ditemui.

Operasi mencari di Sungai Kanchong Laut telah menarik perhatian penduduk setempat apabila lebih daripada 50 orang berhimpun untuk melihat gerakan mengesan senjata tersebut dilakukan.

Sosilawati yang berusia 47 tahun bersama pembantu peribadinya, Kamaruddin Shamsudin, 44, peguam peribadi, Ahmad Kamil Abd. Karim, 32, dan pegawai bank CIMB, Noorhisham Mohammad, 38, dilaporkan sejak 30 Ogos lalu.

Semalam, polis mengesahkan berdasarkan pengakuan empat suspek, keempat-empat mangsa telah dipukul sampai mati sebelum dibakar dan abunya dibuang ke dalam sungai berhampiran Ladang Gadong, Banting, di sini.

Semalam ketika melakukan siasatan dengan menyelam di Sungai Panchau polis menemui sejumlah tulang dan barang-barang dipercayai milik mangsa.

Pasukan forensik Jabatan Polis dan pegawai Jabatan Kimia difahamkan masih berada di Ladang Gadong untuk mencari dan mengumpul bukti berkaitan kes itu.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zuhur 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:11
Isyak 8:20



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.