saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 14/09/2010

Jangan putar belitkan isu

KUALA LUMPUR 13 Sept. - Semua pihak hari ini diminta tidak memutarbelitkan kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya serta tiga yang lain dengan mengaitkannya sebagai isu perkauman.

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin berkata, kes tersebut merupakan kes jenayah tulen dan ia langsung tidak ada kena mengena dengan isu perkauman walaupun suspek yang disyaki berketurunan India manakala mangsa di kalangan orang Melayu.

''Saya amat berharap tidak ada pihak yang akan memutarbelitkan kes ini kepada isu perkauman. Walaupun kita mengetahui suspek yang terlibat disyaki berketurunan India dan mangsanya berbangsa Melayu.

''Kes ini tidak ada kena mengena dengan isu perkauman. Ia adalah kes jenayah pembunuhan kejam. Itu sahaja,'' katanya.

Beliau mengulas kejayaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyelesaikan misteri kehilangan Sosilawati serta tiga mangsa yang lain di dalam entri terbaru yang bertajuk Tahniah PDRM di blognya, zul4kulim.blogspot.com hari ini.

Zulkifli berkata, beliau perlu membuat kenyataan tersebut kerana terdapat segelintir individu di negara ini yang tidak mempunyai kerja selain bermain politik 24 jam.

Beliau dalam pada itu mengucapkan tahniah kepada pasukan polis atas kejayaan menyelesaikan kes berprofil tinggi tersebut dalam tempoh yang begitu singkat.

Zulkifli berkata, ia jelas membuktikan kualiti yang terdapat pada PDRM yang padanya sangat membanggakan dan mungkin lebih hebat daripada kebanyakan pasukan polis di negara luar termasuk di negara-negara maju.

''Saya juga menyifatkan kejayaan polis menyelesaikan kes misteri kehilangan Sosilawati dalam tempoh singkat ini sebagai hadiah perpisahan terbaik buat bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan satu permulaan yang baik bagi penggantinya, Tan Sri Ismail Omar.

''Sekarang menjadi tugas pasukan pendakwaan di Jabatan Peguam Negara pula untuk memastikan pendakwaan yang terbaik dalam kes ini. Apatah lagi antara suspek kes ini dikatakan melibatkan peguam. Maka saya berharap pasukan pendakwaan akan membuat persediaan yang rapi dan teliti,'' ujarnya.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau meminta rakyat tidak terpedaya dengan golongan yang sering kali memburukkan imej pasukan polis bagi menutup kelemahannya.

''Kita sepatutnya berbangga dengan kehebatan pasukan polis kita tetapi pada masa sama kita juga akui di dalam mana-mana pasukan akan ada kambing hitam.

''Namun ada pihak yang menghadapi masalah peribadi mengambil kesempatan memburukkan imej pasukan polis semata-mata untuk menutup kelemahan nafsu serakahnya.

''Saya berharap rakyat tidak terpedaya dengan penipuan, pembohongan dan putar belit yang dilakukan oleh golongan lemah akal ini.,'' katanya.

Zulkifli turut menyelar tindakan seorang ahli politik kerana cuba mencemar nama baik Ketua Polis Negara yang baru dengan mendakwa polis akan memulakan tangkapan terhadap pemimpin pembangkang.

''Bagi saya kenyataan ini sangat tidak bertanggungjawab dan ia dibuat oleh mereka yang muflis dan tidak bertamadun,'' katanya lagi.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:18
Maghrib 7:00
Isyak 8:10



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.