saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 14/09/2010

Pembunuhan Sosilawati bukan kerana perkauman


Murugiah melawat ahli keluarga Sosilawati Lawiya di kediaman jutawan kosmetik itu di Taman Harmonis, Gombak, semalam.


KUALA LUMPUR 13 Sept. - Orang ramai diminta tidak mengaitkan kes pembunuhan kejam yang membabitkan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi lelaki dengan isu perkauman.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T. Murugiah berkata, masyarakat India di negara ini juga mengutuk sekeras-kerasnya tindakan mereka yang terbabit dalam kes itu.

"Saya percaya, bukan sahaja kaum India, tetapi semua kaum di negara ini akan mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan yang tidak berperikemanusiaan itu.

"Sehubungan itu, saya berharap agar pihak polis akan menjalankan siasatan secara terperinci dan tidak akan melepaskan semua suspek ini sekiranya terbukti mereka terlibat," tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika mengunjungi kediaman jutawan kosmetik itu di sini hari ini.

Semalam polis mengesahkan telah menahan lapan suspek dengan empat daripada mereka mengaku membunuh Sosilawati, 47, pemandunya Kamaruddin Shamsudin, 44; pegawai bank CIMB, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadinya, Ahmad Kamil Abd. Karim, 32.

Sementara itu, Murugiah berkata, beliau akan mengunjungi tiga lagi keluarga mangsa kes pembunuhan tersebut bagi menyampaikan ucapan takziah kepada mereka.

"Saya akan cuba mendapatkan semua alamat dan mengunjungi mereka selepas ini," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zuhur 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:11
Isyak 8:20



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.