saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 14/09/2010

Keluarga Kamaruddin reda terima kematian, adakan solat ghaib

KUANTAN 13 Sept. - Ahli keluarga pemandu peribadi Datuk Sosilawati Lawiya, Kamaruddin Shamsudin mengadakan solat sunat ghaib di rumah mereka di Bandar Indera Mahkota 2, di sini selepas pihak polis memaklumkan pemandu itu merupakan salah seorang yang dibunuh bersama jutawan kosmetik tersebut.

Abang iparnya, Ismail Ibrahim, 56, berkata, sebahagian ahli keluarga yang berada di Mekah kerana menunaikan umrah turut mendirikan solat tersebut di tanah suci itu sebaik menerima berita mengenai kematiannya dalam keadaan yang tragis.

''Kami melakukan solat sunat ghaib selepas semua ahli keluarga yakin hasil siasatan pihak polis dan dapat menerima bahawa sisa mayat yang dibakar itu adalah Kamaruddin bersama majikan serta dua rakan mereka," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Akhbar hari ini melaporkan Kamaruddin bersama majikannya yang juga pengasas kosmetik Nouvelle Visage dipercayai telah dibunuh dengan kejam sebelum dibakar di Ladang Gadong, Tanjung Sepat, Selangor.

Turut dibunuh dan dibakar bersama mereka ialah peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru Kuala Lumpur, Noorhisham Mohammad, 38.

Menurut Ismail, mereka turut mengadakan majlis tahlil selama tiga malam berturut-turut bermula semalam bagi mendoakan kesejahteraan Allahyarham.

''Sebaik menerima berita tersebut, kami reda dan menerimanya dengan tenang. Kemudian kami memutuskan untuk mengadakan majlis tahlil bagi mendoakan ketenangan arwah," ujarnya.

Sementara itu, katanya, ibu mangsa, Zainab Ahmad, 73, dan anak bongsu mangsa, Irfan Aiman, 8, yang diasuh keluarga mereka masih bersedih dengan kejadian tersebut tambahan dalam suasana menyambut Aidilfitri.

''Anak bongsu arwah masih bersedih kerana tidak begitu memahami kejadian yang menimpa bapanya.

''Bagaimanapun kami semua tabah dan dapat menerima kejadian yang menimpa arwah dan sentiasa berdoa agar rohnya tenang di sana," jelasnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zuhur 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:11
Isyak 8:20



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.