saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 14/09/2010

Kurang bukti punca SKMM gagal dakwa kes hasutan - Rais

14/09/2010 5:38pm

JELEBU 14 Sept Kekurangan bukti dan ketiadaan pakar forensik komputer antara perkara yang menyebabkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) gagal membawa beberapa kes penghinaan dan hasutan yang berlaku dalam laman web ke mahkamah.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, soal pokok untuk pendakwaan ialah bukti yang kukuh dan mencukupi.

Apabila disiasat, kebanyakan bukti telah dipadamkan dan gagal dikesan, katanya kepada pemberita selepas majlis sambutan Aidilfitri di sini hari ini.

Oleh yang demikian, katanya langkah SMKM menubuhkan pasukan khas, antara lain adalah untuk mendalami ilmu forensik komputer yang mampu mendapatkan semula maklumat walaupun maklumat pada cakera keras komputer sudah dipadam.

"Dengan pengetahuan forensik komputer, maka kita lebih mudah untuk berhadapan dengan Facebook, Twitter dan cara mereka menggunakan sesuatu alamat di bawah laman web yang biasa, katanya.

Katanya, kerajaan amat serius untuk menyelamatkan negara ini daripada pelbagai perkembangan negatif yang disebarkan dalam internet seperti penghinaan yang pernah dibuat oleh Wee Meng Chee atau Namewee terhadap lagu Negaraku dan Tenaga Nasional Berhad.

Beliau memaklumkan terdapat 13 kes penghinaan dan hasutan terhadap perkauman di negara ini telah diserahkan ke Jabatan Peguam Negara untuk tindakan.

Semalam, Rais berkata SKMM telah menubuhkan satu pasukan khas untuk menyiasat aduan mengenai hasutan berbau perkauman yang banyak terdapat dalam internet serta laman rangkaian sosial seperti Facebook dan Twitter. Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zuhur 1:03
Asar 4:25
Maghrib 7:00
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.