saya nak baca ..

SABAH & SARAWAK


ARKIB : 17/09/2010

Tiga rumah teres setingkat terbakar


ABANG Salfian Nawawi membelek kain songket dan baju raya yang terbakar di kediamannya di Lorong 14 Cahaya Damai, Semariang Baru, Kuching, semalam.


KUCHING 16 Sept. - Sebuah rumah teres setingkat milik seorang wartawan akhbar tempatan musnah, manakala dua lagi rumah terbakar sebahagian di Lorong 14 Cahaya Damai, Semariang Baru di sini, semalam.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 10.30 pagi.

Penolong Kanan Penguasa Bomba dan Penyelamat Kuching, Mohd. Raffy Saibi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 10.38 pagi sebelum jentera pertama tiba ke tempat kejadian pada pukul 10.46 pagi.

Menurutnya, sebaik tiba di tempat kejadian, api sedang marak namun pihaknya berjaya mengawal kebakaran daripada merebak pada pukul 10.57 sebelum padam sepenuhnya pada pukul 12.05 tengah hari.

"Dua jentera terbabit dalam operasi memadam kebakaran iaitu Balai Bomba dan Penyelamat Petra Jaya dan Padungan dengan kekuatan anggota seramai 22 orang termasuk pegawai.

"Operasi memadam kebakaran tidak mengalami sebarang masalah malah tekanan air dalam keadaan yang baik," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Mohd. Raffy berkata, punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Sementara itu, mangsa Abang Salfian Nawawi yang bertugas di syarikat akhbar Sarawak Tribune, berkata, ketika kejadian beliau baru sahaja keluar rumah menuju ke tempat kerja sebelum menerima panggilan isterinya yang memaklumkan stor rumah mereka terbakar.

Katanya, pada mulanya dia menyangkakan ia cuma melibatkan kebakaran kecil bagaimanapun sebaliknya apabila rumah teres setingkat yang didiaminya sejak beberapa tahun lepas musnah dalam sekelip mata.

Bagaimanapun jelasnya, dia bersyukur kerana isteri dan tiga orang anaknya yang kebetulan berada di beranda rumah sempat menyelamatkan diri.

"Sejak pagi sebelum keluar ke tempat kerja, saya sudah berasa tidak sedap hati, rupa-rupanya ada sesuatu berlaku ke atas keluarga saya.

"Sambutan hari raya tahun ini sudah tidak bermakna bagi kami sekeluarga kerana semua barang-barang dan dokumen penting musnah dalam kebakaran itu dan yang tinggal hanya sehelai sepinggang," ujarnya.

Sementara itu, dalam kejadian berasingan, sebuah rumah kedai perkakas di Jalan Astana di sini musnah dalam kebakaran termasuk sebuah kenderaan lori dan forklift membabitkan kerugian sebanyak RM500,000.

Sewaktu kejadian kira-kira pukul 8.30 malam tadi, tiada laporan kecederaan diterima manakala pemilik kedai tersebut yang berusia 41 tahun berada di kediamannya di Taman Sri Wangi ketika kebakaran itu.

Sebuah jentera Bomba dan Penyelamat Petra Jaya tiba di tempat kejadian untuk memadamkan kebakaran terbabit dengan bantuan orang awam sebelum api berjaya dikawal pada pukul 9.30 malam.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.