saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 18/09/2010

Mengimbau sejarah 47 tahun lalu


Lebih 20 ribu penduduk Sabah membanjiri Padang Merdeka untuk menyaksikan sambutan Hari Malaysia di Kota Kinabalu, kelmarin. -utusan/Ghazali Basri


[email protected]

KOTA KINABALU 17 Sept. - Sambutan Hari Malaysia ke-47 yang julung kalinya diadakan di Padang Merdeka di sini malam semalam berlangsung dengan penuh meriah dan semangat kenegaraan.

Lebih 20,000 pengunjung membanjiri padang yang terletak di tengah-tengah bandar raya ini seawal pukul 4 petang bagi memastikan mereka tidak terlepas peluang menyaksikan peristiwa bersejarah yang penuh warna-warni itu.

Kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman dan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim pada kira-kira pukul 8 malam disambut dengan kibaran bendera oleh masyarakat pelbagai kaum di negeri ini.

Majlis gilang-gemilang itu turut dihadiri Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Ahmad Shah Abdullah dan isteri, Toh Puan Dayang Masuyah Awang Japar.

Selain itu, turut hadir pada majlis itu ialah Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Alfred Jabu; Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Sukarti Wakiman, menteri-menteri Kabinet Persekutuan dan negeri serta tetamu yang daripada perwakilan asing di negara ini.

Apa yang menarik dalam sambutan malam semalam ialah persembahan mengimbau kembali sejarah 47 tahun lalu.

Ini kerana di lokasi itulah pengisytiharan kelahiran Malaysia dibuat selepas Sarawak dan Sabah bersetuju bersama Malaya dan Singapura membentuk negara baru.

Pengisytiharan yang berlaku 47 tahun lalu itu disempurnakan oleh Ketua Menteri Sabah ketika itu, Tun Fuad Stephen, manakala Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak Hussein hadir sebagai wakil Kerajaan Pusat.

Majlis sambutan perayaan itu dimulakan dengan perutusan khas oleh Perdana Menteri yang disambut penuh bersemangat dengan teriakan 1Malaysia oleh rakyat negeri ini.

Kemudiannya, sambutan diteruskan dengan upacara menandatangani Buku Catatan Rasmi Perayaan Hari Malaysia oleh Najib, Musa, Rais, Jabu dan Masidi.

Acara menandatangani buku bersalut emas gabungan corak etnik Sabah, Sarawak dan Semenanjung itu adalah sebagai simbolik mengulangi peristiwa sama berlaku pada 16 September 1963 ketika pengisytiharan pembentukan Malaysia.

Selepas itu, Sukarti membawa buku catatan berkenaan kepada Ahmad Shah yang akan diserahkan kepada tuan rumah Hari Malaysia tahun hadapan.

Majlis diteruskan dengan pengurniaan Anugerah Tokoh Malaysia kepada empat individu yang memainkan peranan penting dalam sejarah kemerdekaan dan pembentukan Malaysia.

Mereka ialah bekas Ketua Menteri Sarawak, Tun Abdul Rahman Ya'kub; bekas Menteri Kerja Raya, Tan Sri Abdul Ghani Gilong; Ketua Setiausaha Kementerian Luar, Tan Sri Zainal Abidin Sulong dan bekas Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Seri Yuen Yuet Leng.

Semua penerima berkenaan menerima wang sebanyak RM50,000, persalinan khas dan sijil penyertaan yang ditandatangani oleh Perdana Menteri.

Selepas itu, menyusul persembahan kebudayaan yang begitu menarik berkonsepkan teater muzikal 1Malaysia dengan lima segmen utama.

Lima segmen yang dipersembahkan dengan begitu kreatif dan warna-warni itu ialah detik merdeka sebelum Malaysia, pembentukan Malaysia, harmoni Malaysia, gemilang Malaysia dan gagasan 1Malaysia.

Sebaik sahaja persembahan tamat laungan satu Malaysia telah diketuai seorang kanak-kanak lelaki bersama 18 lagi kanak-kanak dengan pakaian etnik Malaysia yang turut diikuti pengunjung yang hadir.

Selepas itu, pertunjukan bunga api selama kira-kira 10 minit diadakan dan kemudiannya diikuti dengan nyanyian lagu Kebangsaan dan lagu negeri Sabah secara beramai-ramai yang menandakan tamatnya upacara bersejarah ini.

Dalam pada itu, sambutan Hari Malaysia turut dimeriahkan dengan Pameran Hari Malaysia, pengedaran pelekat Hari Malaysia dan pelancaran buku 'Merintis Denai Demokrasi.'

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.