DALAM NEGERI
ARKIB : 22/09/2010
Hata cenderung kepada pembangkang? - Zahid
KUALA LUMPUR 21 Sept. - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mahu Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) yang baru, Hata Wahari membuat penjelasan apakah beliau seorang penyokong tegar pembangkang.
Ahli Majlis Tertinggi Perkasa, Mohd. Zahid Md. Arip (gambar) berkata, ini kerana banyak cakap-cakap dalam industri media yang mengaitkan beliau sebagai penyokong tegar pembangkang terutamanya Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Malah, menurutnya, komen beliau dalam laman sosial seperti Facebook didakwa bernada propembangkang.
"Hata perlu jelaskan hal ini. Jika ia benar, saya tidak hairan mengapa beliau boleh mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan pendirian Utusan Malaysia.
"Saya tidak pernah dengar kenyataan yang dangkal daripada mana-mana Presiden NUJ sebelum ini melainkan beliau. Selama ini Presiden NUJ bersikap profesional, matang dan tidak cenderung berpolitik.
"Tetapi Hata menunjukkan kecenderungan kepada pembangkang. Ini boleh memalukan NUJ dan para wartawan semua," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Mohd. Zahid mengulas kenyataan media pertama Hata yang mempersoalkan pendirian yang diambil oleh Utusan Malaysia dalam isu tertentu termasuk krtitikan akhbar itu terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dan beberapa pemimpin parti pembangkang.
Mohd. Zahid turut menegaskan bahawa Presiden NUJ itu tidak wajar mengheret NUJ ke kancah politik.
"Saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada bekas Presiden NUJ, Norila Daud yang tamat tempohnya, atas sumbangan beliau kepada NUJ selama ini.
"Saya difahamkan para wartawan menghargai sikap dan kebijaksanaan beliau dalam mempertahankan profesionalisme kewartawanan," katanya.
Mohd. Zahid menambah, Hata yang masih mentah sepatutnya belajar daripada Norila dan mendengar suara majoriti wartawan, bukan menjadi alat parti politik pembangkang.
Katanya, beliau sepatutnya menjaga nama baik NUJ dan bukan menjadikan organisasi itu entiti politik.
Menurut Mohd. Zahid, Presiden NUJ itu sepatutnya mencermin diri sendiri terlebih dahulu sebelum mengkritik Utusan Malaysia yang telah banyak berjasa kepada orang Melayu dan negara.
Beliau turut mempersoalkan mengapa Utusan Malaysia yang menjadi sasaran kritikan Hata sedangkan media-media lain seperti Malaysiakini dan The Malaysia Insider yang tidak mengamalkan kebebasan media 'dilindungi'.
Malaysia berhasrat duduki kerusi Lembaga Eksekutif UNESCO
ASEAN bentuk pasaran bersepadu tahun depan
UNSC: Najib garis 5 keutamaan
ASEAN bentuk pasaran bersepadu mulai tahun depan
Kerajaan Persekutuan tidak abaikan PBT
Kekalkan hubungan baik
Malaysia akan promosi prinsip kesederhanaan
UNSC: Amanah selesaikan kemelut ummah di seluruh dunia, tangkis Islamofobia
Negara galas tanggungjawab besar, berat di pentas global - Razali
Bangunan sekolah rosak teruk
Kanakkanak ditemui berkeliaran
Matlamat gerakan ISIS tidak jelas, wajar dijauhi
SOSMA tidak mampu kekang kumpulan militan IS
Kerajaan jangan tunduk
Tubuh Institut Minda Guam - SukaGuam
2 juta penerima BR1M tiada akaun
Menara Mara dicadang tapak jualan
Bahasa Melayu perlu mekanisme baharu
DBP-PBT jalin kerjasama baiki bahasa
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||












