saya nak baca ..

UTARA


ARKIB : 22/09/2010

800 pelajar kolej UPSI lakar sejarah


Logo 1Malaysia yang dihasilkan oleh pelajar Kolej Kediaman Harun Aminurrashid, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Tanjung Malim, baru-baru ini.


TANJUNG MALIM 21 Sept. - Lebih 800 penghuni Kolej Kediaman Harun Aminurrashid, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) melakar sejarah tersendiri apabila logo 1Malaysia yang dibentuk menggunakan botol plastik terpakai mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records.

Logo 1Malaysia berukuran 51 meter panjang dan 21 meter lebar yang dihasilkan menggunakan lebih 75,000 botol plastik terpakai itu diiktiraf sebagai yang terbesar pernah dihasilkan.

Menurut wakil Malaysia Book of Records, Myra Dzaman, pengiktirafan itu diberikan kerana ia merupakan yang pertama seumpamanya melibatkan penghasilan logo 1Malaysia menggunakan botol plastik walaupun sebelum ini terdapat pihak lain mencipta logo terbesar.

"Rekod logo terbesar menggunakan botol plastik terpakai ketika ini hanya sekadar 15 meter panjang dan 12 meter lebar tetapi ia bukanlah logo 1Malaysia.

"Berdasarkan saiz dan keunikannya, Malaysia Book of Records secara rasmi memperakui objek yang dibentuk ini sebagai logo 1Malaysia terbesar menggunakan botol terpakai," katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Terdahulu, Myra yang juga wartawan penyelidikan Malaysia Book of Records menyerahkan sijil pengiktirafan rekod berkenaan kepada Pengetua Kolej Kediaman Harun Aminurrashid, Nor Azman Mohd. Ramli.

Sementara itu, Yang Dipertua Jawatankuasa Mahasiswa kolej kediaman tersebut, Nor'isam Md. Nor berkata, pada setiap tahun, penghuni kolej kediaman akan mengadakan pelbagai program dan kali ini mereka telah bermuafakat untuk menghasilkan logo 1Malaysia terbesar.

"Apa yang membanggakan ialah ia berjaya dihasilkan secara bergotong-royong dan hanya mengambil masa lima hari untuk siap," katanya.

Tambahnya, pengiktirafan tersebut merupakan kejayaan kepada seluruh warga UPSI sekali gus membuktikan tiada yang mustahil sekiranya semua mahasiswa berganding bahu untuk merealisasikan sesuatu yang dapat dibanggakan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zuhur 1:19
Asar 4:32
Maghrib 7:24
Isyak 8:35



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.