saya nak baca ..

EKONOMI


ARKIB : 23/09/2010

Orang muda tak minat saham

KUALA LUMPUR 22 Sept. - Ramai golongan muda di negara ini tidak berminat memasuki pasaran saham berikutan salah faham yang menyatakan ia berisiko tinggi, mahal dan sukar untuk dipelajari.

Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia, Datuk Yusli Mohamed Yusoff berkata, asas pelabur dan pengantara lebih menghala kepada jumlah signifikan golongan berusia dalam pasaran runcit.

"Mereka ini adalah dalam golongan usia 40 tahun ke atas,'' katanya dalam ucapan pelancaran eTrade On The Go di sini hari ini.

Perjanjian persefahaman kerjasama antara JF Apex Secutirities Bhd., Acer Sales Servives, Digi Telecommunications dan Tejari Tecnologies itu membolehkan para pelanggan melayari secara dalam talian dagangan di Bursa Malaysia.

Setiap pelanggan JF Apex akan menerima sebuah komputer riba dengan perkhidmatan jalur lebar percuma selama 24 bulan.

Menurut Yusli, untuk mengecilkan jurang tersebut ia memerlukan pendekatan secara terperinci bukan sahaja dari segi usia, tetapi juga perspektif pendidikan dan pemahaman untuk mewujudkan asas pelabur yang mampan.

Katanya, eTrade On The Go yang disasarkan terutamanya kepada golongan muda adalah satu kemudahan baru yang membolehkan pelanggan melihat sendiri urusniaga dilakukan secara terus.

Program itu meliputi siri-siri penerangan bergerak seluruh negara yang dianjurkan untuk mengekal, mengaktifkan semula pelabur sedia ada dan menguasai semula pelabur baharu menerusi portal urus niaga dalam talian JF Apex.

Yusli berkata, warga Malaysia secara umumnya patut tahu walau dalam apa jua keadaan, memang sentiasa ada peluang untuk diceburi terutamanya berkaitan dengan pelaburan dalam pasaran modal.

"Sehubungan itu, penerangan bergerak seperti eTrade On The Go ini ialah platform terbaik untuk terlibat dalam segmen pelabur runcit berpotensi, terutamanya untuk mengurangkan salam faham mengenai modal pasaran,'' kata beliau.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:18
Maghrib 7:00
Isyak 8:10



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.